Skip to content

Kitab suci Allah SWT

Loading

Kitab suci Allah SWT mempunyai 4 iaitu Kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran. Sebagai umat Islam, diwajibkan untuk beriman dengan kesemua kitab Allah. Kesemua kitab Allah ini diturunkan pada bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan. Dalam rukun iman yang ketiga juga diingatkan bahawa kita perlu beriman dengan kitabullah. Mari kita kenal serba sedikit 4 kitab Allah:

  1. Kitab Taurat

Kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Musa AS. Kitab Taurat menggunakan bahasa Ibrani. Isi kandungan kitab Taurat ini ialah mengenai hukum syarak dan keyakinan yang betul. Ia juga menerangkan bahawa seorang nabi akhir zaman iaitu Muhammad Saw akan lahir dari keturunan Nabi Ismail AS. Kitab Taurat yang asli tidak ditemui lagi pada masa sekarang kerana isinya telah ditokok tambah oleh orang-orang yahudi.

  1. Injil

Kitab injil telah diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Isa AS dalam bahasa Suryani. Isi kandungannya yang utama ialah menyeru umat manusia agar mengEsakan Allah SWT. Kitab Injil juga memberitakan akan kelahiran seorang Nabi dan rasul di akhir zaman iaitu Nabi Muhammad SAW. Orang-orang Yahudi telah mengingkari akan kebesaran Allah SWT. Mereka telah menghimpunkan kitab-kitab ini menjadi satu yang diberi nama “Bible.” Kemudian mereka ubah isi kandungannya mengikut kehendak hati mereka agar berkesesuaian dengan kehidupan mereka seharian. Bible terbahagi kepada dua bahagian besar. Pertama bahagian Taurat yang dinamakan dengan perjanjian Lama (Old Testament) manakala bahagian kedua yang dinamakan dengan perjanjian baru (New Testament)

  1. Zabur

Kitab Zabur pula diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Daud AS dalam bahasa Qibthi. Kitab ini tidak mengandungi hukum perundangan. Kandungannya hanya mengenai perkhabaran, cerita, zikir, doa dan hikmah-hikmah. Oleh sebab itu, Nabi Daud AS tidak mempunyai syariat tersendiri, ia dan umatnya hanya mengikut syariat yang dibawa oleh Nabi Musa AS.

  1. Al-Quran

Kitab suci Al-Quran adalah sebuah kitab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Al-Quran merupakan mukzijat Nabi Muhammad SAW yang terbesar dan berkekalan sehingga hari kiamat. Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. Di dalam Al-Quran mengandungi hukum-hukum serta peraturan yang lengkap meliputi seluruh aspek kehidupan manusia. Samada untuk kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat. Ajaran yang disampaikan di dalam Al-Quran sesuai untuk seluruh umat manusia tidak kira bangsa dan keturunannya.

 

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki