Kifarah Dosa

Sep 15, 2022 | Info, Motivasi

Kifarah adalah hukuman yang diberikan Allah swt sebagai balasan dan ia akan menghapuskan dosa jika kita dapat bersabar dengan dugaan dan ujian tersebut. Saidatina Aisyah RA meriwayatkan Rasulullah SAW pernah bersabda “Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah swt akan menggugurkan dengannya satu dosa” (Hadis Riwayat Al Bukhari & Muslim).

Bercerita mengenai ujian dan musibah yang dianggap sebagai kafarah (penghapus dosa), ia wujud dalam pelbagai bentuk. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah: 155-157

“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.  Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali. Mereka itulah yang mendapat keberkatan dari Rabb-nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.”

Ibnu Katsir ketika menjelaskan ayat tersebut menyatakan, terkadang Allah swt memberi ujian berupa kebahagiaan, terkadang ujian berupa kesusahan, seperti rasa takut dan kelaparan, sebagaimana firman Allah surah An-Nahl: 112

Perlu dingatkan, kifarah Allah swt tidak hanya didatangkan dalam bentuk musibah dan ujian-ujian kesakitan, kesusahan atau kehilangan insan tersayang mahupun harta benda, sebaliknya kifarah itu juga datang dalam bentuk nikmat dan kesenangan.

Nabi SAW pernah bersabda:

“Demi Allah. Bukanlah atau kerana kemiskinan yang aku bimbang menimpa kamu tetapi yang aku bimbang ialah dibentangkan di hadapan kamu kemewahan dunia sebagaimana telah dibentangkan kepada umat sebelum kamu, lalu kamu berlumba-lumba mengejarnya sebagaimana umat dahulu kala juga berlumba-lumba mengejarnya, lalu ia membinasakan kamu seperti mana umat dahulu kala juga telah dihancurkan oleh sifat sedemiian.” – HR Bukhari

Justeru itu berhati-hatilah dengan nikmat dan kesenangan dunia. Barangkali itu bukan kerana ganjaran kebaikan melainkan kafarah atas dosa yang kita lakukan. Oleh yang demikian, janganlah kita leka dengan nikmat kesenangan yang diberikan.

Jom Belajar Mengaji Al-Quran Dengan Cepat, Mudah & Santai Dengan Kaedah Haraki

Dengan kaedah Haraki, anda boleh membaca Al-Quran dari zero sehingga mahir dalam suasana yang mudah dan santai. Sertai ribuan pelajar yang telah berjaya menguasai bacaan Al-Quran dengan pendekatan kami yang unik, mudah difahami, dan dijamin berkesan.

Pin It on Pinterest

0
    0
    Item Dalam Tempahan
    Tiada item dalam Cart andaKembali ke Halaman Utama