Skip to content

Ketenangan Hakiki

Loading

Sakinah ialah ketenangan yang semua orang mahukan. Semua orang impikan ketenangan dalam kehidupan cuma yang membezakan cara kita mahu kecapi ketenangan itu. Contohnya, tidak semestinya kita hidup dalam kekayaan akan dapat ketenangan sebab selalu sibuk dengan urusan kerja untuk capai matlamat mereka tetapi ada kalanya kita sederhana tetapi hidup dalam keadaan yang bebas dan tenang.

Bagi mereka yang berada di masjid untuk membaca al-Quran dan bertadarus, mereka ini akan diturunkan ketenangan jiwanya. Sekarang ini kita selalu berserabut dan ramai orang mencari ketenangan pergi ke pantai atau pergi ke kelab. Sebenarnya Nabi SAW mengajar kita kalau mahu mencari ketenangan kita perlu membaca al-Quran, sambil kita baca al-Quran itu kita baca terjemahan ayat dan ambil impak dari ayat-ayat al-Quran tersebut.

Bukan sekadar baca sahaja tetapi kita juga perlu saling tegur-menegur dan saling berkongsi itu yang dipanggil bertadarus. Bila kita baca al-Quran akan diturunkan ketenangan sebab itu digalakkan semua orang menjadi ahli al-Quran agar kita tidak jadi seorang yang pemarah. Kadang kita selalu marah kalau ada kesilapan sedikit, kadang manusia ini sering melakukan kesilapan maka kita kena sabar. Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya, jangan marah kadang-kadang kita tidak sabar bila lambat sedikit kita naik angin. Maknanya dia tidak tenang dan jiwanya berserabut, contoh bila berniaga dia mengalami kerugian anggap bahawa kalau meniaga tidak semestinya untung adakalanya rugi.

Bila kita untung kita patut bersyukur dengan cara bersedekah. Jadi bila kita selalu bersedekah Allah SWT akan murahkan rezeki kita lagi, baru kita akan tenang jangan anggap rezeki yang Allah SWT bagi itu kita punya semuanya dan kita tidak mahu berkongsi. Bila Allah SWT berikan nikmat ilmu yang mana kita kongsi ilmu itu kepada orang lain itu cara kita bersyukur. Katalah kita tidak ada duit tetapi ada tenaga sihat tumbuh badan yang mana kita boleh bantu orang. 

Jadi bila kita berada di dalam majlis ilmu, kata Imam Nabawi iaitu :

“Sakinah itu merupakan satu perkara yang terhimpun daripada ketenangan rahmat dan sebagainya, yang turun bersama-samanya ialah para Malaikat”

Maksudnya Malaikat akan turun bersama-sama ke dalam hati orang yang berasa tenang itu kerana kalau marah tanda syaitan menghasut sebab itu kita tidak tenang. Contoh dalam rumah tangga perkara yang kecil buat kita pecah-belah apabila bergaduh, cuba kita fikir balik sebelum kita berbuat sesuatu supaya kita lakukan perkara itu dengan hati yang tenang. Benda seperti itu kita banyakkan dengan membaca al-Quran sebab kalau kita sentiasa membaca al-Quran dan yang paling bagus kita bertadabur dengan al-Quran sebab al-Quran ini satu panduan kepada kita.

Mari kita bersama-sama mendekatkan diri kita kepada al-Quran sebab dalam al-Quran itu penuh dengan kisah-kisah sebagai pengajaran. Al-Quran ini kita bukan sekadar baca sahaja malah kita perlu fahami ayat-ayat al-Quran itu agar kita tahu maknanya. Membaca al-Quran ini memang mendapat banyak pahala tetapi yang pentingnya ialah apa kandungan ayat itu untuk dijadikan pengajaran.

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki