Skip to content

Bahagian 1: Awas! Ini Adalah Kesalahan Biasa Ketika Membaca Al Fatihah

Loading

Surah Al Fatihah merupakan surah lazim yang sedari kecil kita sudah dilatih untuk menghafalnya. Bahkan Surah Al Fatihah merupakan salah satu rukun di dalam solat yang mana jika salah tajwid serta cara bacaannya solat kita tidak sah. Ini merupakan satu isu yang tidak boleh dipandang enteng dan perlu untuk kita perbaiki kerana ketika kita perbaiki solat kita, kita juga sedang perbaiki kehidupan kita.

In shaa Allah posting kali ini kita akan kongsikan kesalahan dalam Surah Al Fatihah untuk Ayat 1 dan 2 yang mana mungkin kita ada lakukan tanpa sedar.

Kesalahan Bacaan dalam Ayat 1

1. Kesalahan yang biasa dilakukan: Tidak menyebut huruf ﺏ dengan betul lalu sebutan berbunyi “ismillah..”

Bacaan yang betul: “Bismillah..”

2. Kesalahan yang biasa dilakukan: Sabdu pada kalimah ﷲ tidak dijelaskan lalu sebutan berbunyi “BismiLah..”

Bacaan yang betul: “BismiLLah..”

Kesalahan yang biasa dilakukan: Kalimah ﷲ disebut dengan lafaz yang besar (lafzhul jalalah) lalu sebutan berbunyi “BisMELLah…”

Bacaan yang betul: “BisMILLah…” dibaca dengan nipis (lam tarqiq yakni lam nipis) kerana huruf ﻡ di sini berbaris bawah.

3. Kesalahan yang biasa dilakukan: Huruf ﺭ tidak disabdukan lalu sebutan berbunyi “BismillahiRahman…”

Bacaan yang betul: “BismillahiRRahman..”

4. Kesalahan yang biasa dilakukan: Kalimah ﻡ dan ن disabdukan lalu sebutan berbunyi “…rahmaNNirrahim”

Bacaan yang betul: “…rahmaNirrahim”

5. Kesalahan yang biasa dilakukan: Huruf ﺭ tidak disabdukan lalu sebutan berbunyi “BismillahirrahmaniRahim”

Bacaan yang betul: “BismillahirrahmaniRRahim”

6. Kesalahan yang biasa dilakukan: Apabila waqaf huruf ﻱ tidak dipanjangkan.

Bacaan yang betul: Dibaca panjang 2/4/6 harakat kerana ianya merupakan hukum Mad ‘Aridh Lissukun (yakni huruf mad yang diwaqafkan)

Kesalahan Bacaan dalam Ayat 2

7. Kesalahan yang biasa dilakukan: Huruf ﺡ di dalam kalimah dibaca sebagai huruf ﻩ lalu sebutan berbunyi agak keras kerana salah makhraj. Salah jika dibaca “AlHamdulillah..”

Bacaan yang betul: “Alhamdulillah..” di mana huruf ﺡ berbunyi nipis dan keluar sedikit angin seperti kepedasan.

8. Kesalahan yang biasa dilakukan: Kalimah ﷲ dibaca tanpa sabdu lalu sebutan berbunyi “AlhamduliLah…”

Bacaan yang betul: “AlhamduliLLah…”

9. Kesalahan yang biasa dilakukan: Sabdu pada huruf ﺏ tidak dibaca dengan betul lalu sebutan berbunyi “RaBil…”

Bacaan yang betul: “RaBBil…”

10. Kesalahan yang biasa dilakukan: Makhraj pada huruf ﻉ tidak dibaca dengan betul, kedengaran seperti menyebut huruf ﺃ lalu sebutan berbunyi “…rabbilAlamin”

Bacaan yang betul: “…rabbil ‘Alamin”

Kesalahan lain yang biasa dilakukan: Huruf ﻉ tidak dibaca panjang 2 harakat (hukum Mad Asli) lalu sebutan berbunyi “…rabbil ‘Alamin”

Bacaan yang betul: “…rabbil ‘AAlamin”

Kesimpulan

Walaupun baru dua ayat dibincangkan, namun telah terdapat 10 kesalahan. Periksa diri kita sendiri, adakah kita melakukan kesalahan-kesalahan yang dinyatakan? Jika ada perbaiki sekarang! Tak tahu ingin perbaiki bagaimana? Boleh belajar mengaji BERTAJWID dengan Kaedah Haraki. Tekan “Nak Belajar Mengaji” di bawah untuk kelas pertama anda!

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki