Skip to content

Kenapa Semua Ini Terjadi ?

Loading

Kita manusia ini tidak lari dari merancang sebab setiap orang perlu merancang untuk mendapatkan sesuatu. Jika merancang tidak semua yang akan ditunaikan sebab setiap rancangan kita Allah SWT yang menentukan. Tanpa perancangan sebenarnya tidak bagus sebab satu perkara jika tiada perancangan ianya akan menjadi huru-hara. 

Mungkin apabila kita merancang itu terjadi kita merasakan bagus tetapi pada Allah SWT tidak bagus. Semua ini berkaitan dengan keimanan dan aqidah kita sendiri, bahawasanya semua ini terjadi sebab qada’ dan qadar. 

Setiap orang Islam yang benar keimanannya kepada Allah SWT pastinya ingin merasai kemanisan iman. Kenapa tidaknya, nikmat kemanisan iman adalah anugerah agung yang diberikan Allah SWT kepada hambaNya di dunia ini. Ini hanya akan dirasai, jika seorang muslim itu teguh beriman dengan segala rukun-rukun iman yang enam iaitu, beriman kepada Allah, malaikat, kitab-kitab, para rasul, hari akhirat, dan qadha’ dan qadar.

Dalam kehidupan harian, setiap saat kita tidak akan terlepas daripada qadha’ dan qadar Allah SWT. Segala sesuatu yang berlaku, adalah dengan ketentuan dan ketetapan yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. Firman Allah SWT dalam surah Al-Qamar, ayat 49 yang bermaksud :

“Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir yang telah ditentukan.”

Belajar membaca al-Quran juga perlu ada perancangan, contohnya orang yang Zero al-Quran guru yang mengajar perlu susun setiap tindakan agar setiap pembelajaran tersusun dengan baik. Guru juga perlu ada target untuk setiap pelajar untuk memastikan pelajar itu mahir membaca al-Quran dengan bertajwid. 

Sepatutnya kita meningkatkan amalan, kerana amalan itulah yang akan menentukan tempatnya nanti di akhirat. Kita perlu beramal dengan amalan ahli syurga dengan harapan mendapat kebahagiaan di syurga seperti yang disebut oleh Rasulullah SAW.

Semoga sedikit perkongsian ilmu pada hari ini dapat memberi manfaat kepada diri kita dan ahli keluarga kita.

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki