Kenapa Bila Membaca Al-Quran Kita Akan Menjadi Lebih Baik?

Sep 25, 2021 | Hidup

Umat Nabi Muhammad SAW sangat beruntung kerana dapat merasai mukjizat Al-Quran. 

Setiap huruf yang dibaca akan mendapat ganjaran pahala.

Dalam sabda Nabi yang bermaksud:

“Siapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka baginya satu kebaikan dengan bacaan tersebut, satu kebaikan dilipatkan menjadi 10 kebaikan semisalnya dan aku tidak mengatakan alif laam miim satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf.”

(HR Tirmizi)

Bila kali terakhir kita buka dan baca Al-Quran? 

Adakah kita hanya menyimpan saja dalam rak-rak di rumah.

Takkan kita taknak jadi antara golongan yang digelar sebaik-baik umat?

Bila kita membacanya setiap hari bukan saja mendapat ketenangan, bahkan kehidupan lebih terurus.

Ganjaran Yang Dijanjikan

Malang sangat jika umur dah semakin meningkat, tetapi diri masih tidak tahu mengaji.

Nabi Muhammad SAW menjanjikan ganjaran kepada mereka yang masih lemah menguasai bacaan Al-Quran tapi mereka berazam untuk memperbaikinya.

Aisyah R.A meriwayatkan, Rasulullah bersabda bermaksud:

“Orang yang membaca Al-Quran dan dia mahir membacanya, dia bersama dengan malaikat yang mulia. Dan orang yang membaca Al-Quran dengan tergagap-gagap (tidak mahir) serta sukar membacanya, baginya ganjaran dua pahala” 

(HR Bukhari dan Muslim)

Kesimpulannya, kita akan mendapat ganjaran sekiranya Al-Quran dibudayakan seperti yang dilakukan oleh golongan salafussoleh terdahulu.

Antara ganjaran dan kebaikan yang diperoleh ialah memiliki daya ingatan yang kuat, memperelok pandangan mata, dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala gerak kerja.

Nak baiki bacaan Quran dengan Mudah tanpa perlu keluar rumah ? Jom sertai Kelas Online Haraki dan anda akan dibimbing satu per satu oleh ustaz/ustazah profesional Kaedah Haraki !

Tekan link di bawah (Kelas Online Haraki) untuk dapatkan info segera !


Kelas Online Haraki

Jom Belajar Mengaji Al-Quran Dengan Cepat, Mudah & Santai Dengan Kaedah Haraki

Dengan kaedah Haraki, anda boleh membaca Al-Quran dari zero sehingga mahir dalam suasana yang mudah dan santai. Sertai ribuan pelajar yang telah berjaya menguasai bacaan Al-Quran dengan pendekatan kami yang unik, mudah difahami, dan dijamin berkesan.

Pin It on Pinterest

0
    0
    Item Dalam Tempahan
    Tiada item dalam Cart andaKembali ke Halaman Utama