Siapa yang tidak kenal dengan “Bapa Kemerdekaan” kita, orang yang telah memberikan
perubahan dan pengorbanan yang cukup besar dan bermakna untuk tanah akhir kita. Beliau adalah Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj. Namanya sudah sinonim dengan diri rakyat Malaysia. Beliau dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Alor Setar, Kedah.
Pengorbanan beliau bukan sahaja membebaskan Malaysia daripada jajahan British tetapi juga telah sekaligus menamatkan ancaman komunis di Tanah Melayu iaitu pada 8 Disember 1941 sehingga 16 Ogos 1945. Beliau sanggup melakukan Rundingan Baling dan bertemu dengan Chin Peng iaitu ketua Parti Komunis Malaya.
Dalam langkah mendapatkan kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman bersama dengan Dato ‘Onn Jaafar telah turut bekerjasama dengan kaum lain untuk mendapatkan kemerdekaan. Pengorbanan seperti inilah yang perlu diamil berat oleh setiap rakyat Malaysia apatah lagi bagi golongan muda. Golongan muda kini kurang mengambil berat akan pengorbanan besar yang telah dilakukan oleh “Bapa Kemerdekaan” kita dengan orang yang berada di sekelilingnya.
Kalau tiada pengorbanan oleh “Bapa Kemerdekaan” kita ini, pastilah negara kita masih dijajah. Rakyat Malaysia perlu tanamkan kesyukuran di dalam diri dan sentiasa menghargai jasa orang-orang yang telah banyak berbakti di Tanah Melayu yang telah mendapatkan kemerdekaan.