Kepentingan Tadarus Al-Quran Pada Bulan Ramadhan
Amalan tadarus Al-Quran telah menjadi ikutan dan dihayati oleh para sahabat dan orang-orang soleh dari dahulu hingga kini. Mereka bertadarus Al-Quran sehingga tamat beberapa kali sepanjang bulan Ramadhan. Ada yang mengkhatamkannya seminggu sekali, tiga hari sekali, sekali setiap malam atau lain lain tempoh mengikut kesungguhan serta keupayaan masing-masing. Imam Asy-Syaaf’i juga dilaporkan dua kali khatam Al-Quran dalam sehari di bulan Ramadhan.
- Ditinggikan Darjat di Sisi Allah SWT
Orang yang membaca Al-Quran di bulan Ramadhan akan ditinggikan darjatnya oleh Allah SWT, sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW:
“Allah mengangkat derajat sebagian kaum melalui kitab ini (Al-Quran) dan Dia merendahkan sebagian kaum yang lain melalui kitab ini juga,” (H.R. Muslim).
2. Memberi Syafaat pada Hari Kiamat
Membaca Al-Quran dapat membawa kebaikan dan kemuliaan pada hari kiamat. Sebagaimana hadis ini menyatakan bahawa:
“Bacalah ayat-ayat Al-Quran kerana sesungguhnya pada hari kiamat akan datang memberi syafaat yang baik kepada pembacanya,” (HR. Muslim)
3. Mendapat pahala yang berlipat ganda
Satu lagi fadhilat yang akan anda perolehi dari tadarus Al-Quran di bulan Ramadhan ialah mendapat pahala yang berlipat ganda. Segala ibadah yang dilakukan di bulan Ramadhan ini akan diberikan pahala yang berlipat ganda oleh Allah SWT termasuk tadarus Al-Quran yang merupakan ibadah yang paling dianjurkan untuk diamalkan di bulan yang penuh keampunan ini.
4. Dilindungi malaikat
Apabila melakukan tadarus Al-Quran, orang yang membacanya akan mendapat perlindungan malaikat, sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW:
“Orang yang mahir membaca Al-Quran akan bersama para malaikat yang mulia dan selalu berbuat kebaikan, sedangkan orang yang membaca Al-Quran dalam keadaan tergagap-gagap dan dia kesulitan (membacanya), maka baginya dua pahala. ,” (H.R. Bukhari dan Muslim).
5. Tadarus memberikan ketenangan hati
Umat Islam yang mengamalkan zikir pada malam Ramadhan akan diberikan ketenangan oleh Allah SWT, sebagaimana hadis riwayat Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Tidaklah berkumpul suatu kaum di Baitullah (masjid) untuk membaca kitab Allah dan mempelajarinya, melainkan sesungguhnya akan turun kepada mereka ketenangan, dilimpahi rahmat kepada mereka, para malaikat berduyun-duyun kepada mereka dan Allah mengingat mereka di hadapan makhluk yang bersama-Nya,” (H.R. Muslim).
No comment yet, add your voice below!