1. Surah Al Fatihah
Dalam kehidupan seharian sebagai umat islam perlulah mengamalkan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebelum tidur. InshaAllah waktu anda tidur akan rasa aman tenteram dan dijauhkan daripada gangguan syaitan.
2. Surah Yassin
Anas ra. mengatakan Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu itu memiliki jantung dan hati, jantung Al-Qur’an adalah surat Yaasin. Sesiapa membaca surat Yaasin maka Allah menetapkan baginya pahala menyamai membaca Al-Quran sepuluh kali.” (HR. Tirmidzi)
Sebagai umat islam digalakkan untuk mengamalkan surah Yaasin, kerana surah ini dapat menyelamatkan dari kehausan di hari kiamat serta perlindungan dari gangguan syaitan.
3. Surah Al Waqi'ah
Ibnu Mas’ud ra. berkata Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca surat Al-Waqi’ah setiap malam, maka ia tidak ditimpa akan merasai kepapaan untuk selamanya.” (HR. Baihaqi)
Mereka yang membacanya sebagai wirid, InshaaAllah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, Inshaa Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.
4. Surah Al Mulk
Dalam Al Quran terdapat satu surah lagi iaitu Surah Al Mulk mempunyai fadhilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya.
Menurut beberapa hadis Rasulullah SAW, mereka yang mengamalkan bacaan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, Inshaa Allah, akan terselamat dari azab kubur.
5. Surah Al Khauthar/ At Takaasur
Sesiapa yang mengamalkan bacaan surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah SWT akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, Inshaa Allah dia dapat melihat Rasulullah SAW dalam tidurnya.
Ibnu Umar ra. mengabarkan, Rasulullah SAW bersabda: “Tidakkah seseorang dari kalian sanggup membaca seribu ayat setiap hari? Siapa yang boleh melakukan itu wahai Rasulullah? Tanya sahabat. Tidakkah seseorang diantara kamu boleh membaca “Alhaakumuttakatsur” (HR. Hakim dan Baihaqi)