Kelebihan Solat Tarawih di Bulan Ramadan

Apr 18, 2022 | Info

Solat merupakan satu kewajipan bagi yang beragama Islam. Setiap muslim perlu melaksanakan solat 5 kali sehari kerana ianya merupakan rukun Islam yang kedua. Di bulan Ramadan, solat tarawih disunatkan ke atas orang Islam. Setiap orang Islam sudah tentu merindui suasana solat berjemaah di masjid selain kelebihan solat tarawih.

Solat tarawih dilakukan sama seperti solat fardhu. Bilangan rakaatnya berbeza mengikut pandangan berbeza sama ada 8, 20, 28 dan bahkan sehingga 36 rakaat. Namun di Malaysia, kebiasaannya masjid-masjid, surau-surau akan melaksanakan solat tarawih sebanyak 8 atau 20 rakaat.

Kelebihan solat Tarawih:

  1. Meningkatkan stamina

Solat boleh dikatakan seperti melakukan senaman. Banyak pergerakan yang terlibat dalam setiap rukun solat. Berdiri tegak, rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud, semuanya adalah pergerakan yang memerlukan tenaga. Lebih-lebih lagi solat tarawih yang mempunyai banyak rakaat, sudah pasti dapat membantu meningkatkan stamina.

     2. Mengurangkan tekanan

Kajian menunjukkan bahawa solat mampu memberikan ketenangan dan menurunkan tekanan darah. Posisi sujud terutamanya mampu melakukan demikian. Dengan kedudukan otak di bawah paras jantung, banyak darah akan dipam ke otak dan menenangkan fikiran seterusnya merendahkan tekanan darah.

     3. Mencegah osteoporosis

Osteoporosis merupakan satu keadaan di mana tulang menjadi rapuh. Ia kebiasaannya berlaku dalam kalangan wanita selepas menopaus kerana perubahan pada hormon estrogen. Pergerakan ketika solat yang dilakukan secara berkala setiap hari boleh mencegah penyakit ini.

Di sebalik kelebihan solat tarawih, sebab utama orang Islam menunaikan solat bukanlah bergantung kepada kelebihan yang diperolehi tetapi hanya mengharapkan ganjaran dari Allah SWT. Kita hendaklah sentiasa membetulkan niat agar solat tarawih yang dilakukan diterima amalan tersebut.

Jom Belajar Mengaji Al-Quran Dengan Cepat, Mudah & Santai Dengan Kaedah Haraki

Dengan kaedah Haraki, anda boleh membaca Al-Quran dari zero sehingga mahir dalam suasana yang mudah dan santai. Sertai ribuan pelajar yang telah berjaya menguasai bacaan Al-Quran dengan pendekatan kami yang unik, mudah difahami, dan dijamin berkesan.

Pin It on Pinterest

0
    0
    Item Dalam Tempahan
    Tiada item dalam Cart andaKembali ke Halaman Utama