Ramadhan adalah detik yang hanya datang setahun sekali. Di bulan mulia ini nilai ibadah menjadi seribu kali ganda berbanding 11 bulan yang lain. Dikatakan demikian kerana bulan Ramadhan mempunyai banyak fadhilat yang tidak ada pada bulan-bulan lain.
Allah swt menyediakan pelbagai fadhilat ini kepada orang yang memperbanyakkan ibadah di bulan Ramadhan. Inilah anugerah dan nikmat Allah swt yang diberikan kepada hamba-hambaNya yang memanfaatkan saat ini dengan memperbanyakkan ibadah. Selain menunaikan solat tarawih, memperbanyakkan membaca Al-Quran, dan amalan sunnah yang lain. Umat Islam pada umumnya berlumba-lumba untuk beramal dan bersedekah kepada orang lain di bulan Ramadhan.
Hadis Riwayat At-Turmudzi dari Anas berkata “Sedekah yang paling utama adalah sedekah di bulan Ramadhan.” Bersedekah merupakan sikap pemurah yang juga merupakan sifat yang disukai oleh Allah SWT.
Sedekah di bulan Ramadhan boleh dijadikan amalan yang paling tepat dilakukan untuk mengumpulkan pahala sebanyak-banyaknya. Sebab memang sudah dijanjikan bahawa salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadhan adalah melalui sedekah. Berikut keutamaan bersedekah di bulan puasa yang perlu anda ketahui:
- Pahala yang berlipat ganda
Sebenarnya bersedekah merupakan amalan yang mampu dilakukan oleh sesiapa sahaja. Namun, berbeza dengan bulan-bulan lainnya, semua amal baik yang kita lakukan pada saat Ramadhan akan dilipatgandakan pahalanya, termasuk juga pahala sedekah. Tidak hanya mendapat pahala yang berlipat ganda, bersedekah juga sekaligus sebagai penyempurna ibadah puasa yang sedang kita lakukan.
2. Sedekah memberi keberkahan pada harta
Para ulama menjelaskan bahawa harta seseorang tidak akan berkurang hanya kerana bersedekah. Yang dimaksud harta tidak berkurang di sini merangkumi dua hal, iaitu pertama hartanya diberkahi dan dihindarkan dari bahaya. Kedua, secara wujudnya harta tersebut berkurang, maka pengurangan tersebut akan ‘diganti’ dengan pahala yang didapati dengan berlipat ganda.
3. Bersedekah menyucikan orang yang berpuasa di bulan Ramadhan
Di bulan Ramadhan, Allah swt juga melimpahkan kebaikan dengan memberikan rahmat, ampunan, dan pembebasan dari api neraka kepada orang-orang yang bersedekah dan menyayangi mereka.
4. Mampu bersyukur dengan hati yang bahagia
Bagi orang yang bersedekah sudah pasti akan muncul perasaan senang, bangga, dan dada yang lapang setelah memberikan sedekah kepada orang lain yang memerlukannya. Sudah pasti ini menjadi salah satu cara kita bersyukur dengan perasaan yang lebih bahagia kerana telah membantu orang lain yang memerlukan.
No comment yet, add your voice below!