Belajar secara Online semakin popular lebih-lebih lagi dalam situasi pandemik Covid-19 yang kita hadapi sekarang. Para pengajar tidak kira dari sekolah rendah, menengah, universiti, dan pusat pengajian yang lain mengambil inisiatif untuk melakukan kelas dalam talian (online). Teknologi yang ada pada masa ini sedikit sebanyak memudahkan proses pembelajaran secara online bagi tenaga pengajar dan pelajar.
- Menjimatkan wang
Pertama sekali, belajar mengaji secara online dapat menjimatkan wang. Pembelajaran secara bersemuka di dalam kelas banyak menghabiskan wang seperti wang pengangkutan, duit minyak dan duit makanan minuman. Jika pembelajaran secara online dijalankan, pelajar hanya perlu duduk di rumah dan membuka laptop. Secara langsung pembelajaran secara maya boleh dijalankan.
2. Belajar secara one to one
Belajar mengaji di rumah ini sangat digalakkan lagi-lagi diusia tua. Ini kerana ianya berlainan dengan belajar di pusat-pusat mengaji kerana belajar mengaji di rumah akan meningkatkan perhatian terhadap pembelajaran yang diajar oleh ustaz atau ustazah. Secara langsung juga ustaz atau ustazah yang mengajar akan dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pelajar. Pembelajaran secara one-to-one sangat efektif kerana segala kesalahan dan pembetulan dapat diketahui secepat mungkin dan pelajar tidak perlu malu dengan kesalahan yang dilakukan kerana tiada pelajar lain di dalam sesi pembelajaran tersebut.
3. Masa dan tempat yang fleksibel
Belajar mengaji secara online memudahkan belajar yang tinggal jauh dari lokasi tempat belajar untuk belajar mengaji mengikut kaedah atau pengajaran pusat pengajian yang dipilih. Sebagai contoh kaedah haraki yang ditubuhkan oleh syarikat Usrah Haraki Sdn Bhd. Pembelajaran secara online membolehkan pelajar untuk memilih tempat yang selesa dan dimana sahaja untuk belajar. Selain itu, pelajar juga dapat mengatur masa belajar mereka sendiri dan secara langsung dapat menjalankan pembelajaran dengan lebih baik.
Belajar mengaji secara online mempunyai kelebihan dan kekurangan namun ianya bergantung kepada tahap ingin belajar seseorang itu. Sekiranya tahap ingin belajar seseorang pelajar itu tinggi secara online mahupun bersemuka ianya tetap akan berjalan lancar. Namun, apabila tahap belajar seseorang itu rendah akan menyebabkan pembelajaran bersemuka dan online tidak berjaya disebabkan oleh hilang fokus terhadap pembelajaran.