Kelas Pemulihan Al-Quran

Sep 2, 2022 | bengkel, Program

SK Taman Jana, Kamunting: Keinginan untuk membantu murid-murid sekolah rendah agar celik Al-Quran,  mendorong Ustaz Zakaria selaku pengasas Kaedah Haraki untuk mengadakan Kelas Pemulihan Al-Quran khusus untuk murid tahun 4, 5, dan 6 di sini.

Seramai 35 orang murid menyertai sepanjang kelas ini berlangsung. Kelas ini dijalankan bertujuan untuk membantu murid-murid yang masih bermasalah dalam bacaan Al-Quran iaitu tidak mengenal huruf hijaiyah, huruf bersambung dan tidak mengenal baris dalam ayat Al-Quran.

Alhamdulillah, hasil sepanjang pembelajaran menunjukkan murid yang bermasalah dalam bacaan Al-Quran berjaya mengenal 7 huruf hijaiyah, huruf bersambung dan pelbagai baris. Harapan untuk melihat murid-murid yang tidak mengenal huruf asas mendapat respon yang positif.


All


Gambar sepanjang kelas berlangsung
















Jom Belajar Mengaji Al-Quran Dengan Cepat, Mudah & Santai Dengan Kaedah Haraki

Dengan kaedah Haraki, anda boleh membaca Al-Quran dari zero sehingga mahir dalam suasana yang mudah dan santai. Sertai ribuan pelajar yang telah berjaya menguasai bacaan Al-Quran dengan pendekatan kami yang unik, mudah difahami, dan dijamin berkesan.

Pin It on Pinterest

0
    0
    Item Dalam Tempahan
    Tiada item dalam Cart andaKembali ke Halaman Utama