SK Taman Jana, Kamunting: Keinginan untuk membantu murid-murid sekolah rendah agar celik Al-Quran, mendorong Ustaz Zakaria selaku pengasas Kaedah Haraki untuk mengadakan Kelas Pemulihan Al-Quran khusus untuk murid tahun 4, 5, dan 6 di sini.
Seramai 35 orang murid menyertai sepanjang kelas ini berlangsung. Kelas ini dijalankan bertujuan untuk membantu murid-murid yang masih bermasalah dalam bacaan Al-Quran iaitu tidak mengenal huruf hijaiyah, huruf bersambung dan tidak mengenal baris dalam ayat Al-Quran.
Alhamdulillah, hasil sepanjang pembelajaran menunjukkan murid yang bermasalah dalam bacaan Al-Quran berjaya mengenal 7 huruf hijaiyah, huruf bersambung dan pelbagai baris. Harapan untuk melihat murid-murid yang tidak mengenal huruf asas mendapat respon yang positif.
No comment yet, add your voice below!