Kaedah Haraki masuk TV RTM -28 Jun 2022

Jun 29, 2022 | Info

Penggunaan Total Physical Response (TPR) dalam pengajaran dan pembelajaran Al-Quran Kaedah Haraki merupakan satu inovasi baharu. Penggunaan (TPR) ini sering dilihat dalam penguasaan bahasa inggeris. 

Kaedah TPR (Total Physical Response) merupakan salah satu kaedah pengajaran bahasa yang telah dicipta oleh James Asher, seorang profesor emeritus psikologi di San José State University California. Kaedah ini melibatkan gerakan tubuh bagi memudahkan kanak-kanak atau orang dewasa untuk menguasai suatu bahasa dalam pembelajaran dengan mudah.

Kaedah Haraki terbukti berkesan apabila Ustaz Zakaria telah mengajar bacaan Al-Quran kepada dua orang pelajar mualaf yang baru memeluk agama islam ketika beliau berkhidmat sebagai pensyarah di IPG kampus Ipoh, Perak. Kaedah serta teknik yang diajar kepada pelajar mualaf tersebut terbukti berkesan apabila pelajar tersebut berjaya membaca Al-Quran secara bertajwid dalam masa 7 jam. 

Saksikan liputan berita RTM TV1- 28 Jun 2022 jam 5 petang

https://youtu.be/0aeqpwFHF2M

Nak belajar Kaedah Haraki klik button ni

Jom Belajar Mengaji Al-Quran Dengan Cepat, Mudah & Santai Dengan Kaedah Haraki

Dengan kaedah Haraki, anda boleh membaca Al-Quran dari zero sehingga mahir dalam suasana yang mudah dan santai. Sertai ribuan pelajar yang telah berjaya menguasai bacaan Al-Quran dengan pendekatan kami yang unik, mudah difahami, dan dijamin berkesan.

Pin It on Pinterest

0
    0
    Item Dalam Tempahan
    Tiada item dalam Cart andaKembali ke Halaman Utama