Skip to content

Jangan Makan Semut! Nanti pelupa.

Loading

Setiap kali terjumpa semut didalam makanan kita dimomokkan dengan ayat yang berbunyi “jangan makan semut nanti jadi pelupa”. Adakah benar dengan memakan semut boleh menyebabkan seseorang itu pelupa?

Di dalam Al-Quran, Allah berfirman; “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala;” Sebahagian tafsir ayat 3 Sural Al-Maidah.

Merujuk kepada tafsir ayat di atas, dapat disimpulkan bahawa, semut apabila telah mati secara automatiknya menjadi “BANGKAI” dan bangkai adalah “NAJIS” dan najis adalah “HARAM” untuk dimakan. Hukum memakan semut, jika ada semut sengaja memasuki, atau terjatuh, atau tertiup angin lalu terjatuh di dalam makanan atau minuman, maka tidak perlu membuang keseluruhan makanan atau minuman tersebut. Cuma buang bangkai semut tersebut. Lalu makanan dan minuman tersebut halal dimakan dan diminum.

Kesimpulan yang boleh dibuat semut merupakan bangkai yang diharamkan oleh Syarak. Apabila semut masuk ke dalam gula atau minuman maka hendaklah sedaya upaya mengeluarkannya sama ada ia hidup atau mati, tetapi air berkenaan masih lagi suci dan boleh diminum dan tidak bernajis, kerana masuknya semut secara tidak sengaja.

Jadi jelas di sini Islam teramat menitikberatkan penjagaan halal dan haram dalam pemakanan walaupun sekecil-kecil semut sekalipun. Sehinggalah cendikiawan melayu zaman dahulu kala pun mengiaskan kata-kata berbentuk “JANGAN MAKAN SEMUT NANTI PELUPA” memandangkan bangkai semut adalah najis dan haram.

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki