Dewasa ini, gejala penyakit mental seperti kemurungan (depression), keresahan melampau (anxiety), dan skizofernia semakin menular dalam masyarakat moden — bukan hanya di kalangan remaja, malah orang dewasa, pekerja profesional, suri rumah, dan warga emas.
Namun, apakah punca yang sering kita terlepas pandang?
Adakah kerana tekanan hidup yang semakin membebankan, kos sara hidup yang meningkat, atau kerana kita terlalu mengejar urusan dunia hingga mengabaikan keperluan jiwa?
Artikel ini mengupas peranan Islam dalam merawat dan mencegah penyakit mental — bukan sekadar dengan doa dan zikir, tetapi juga keseimbangan rohani dan sokongan profesional.
Mental Health Bukan Sekadar Masalah Emosi
Ramai masih salah anggap bahawa masalah mental hanyalah kerana kurang iman. Hakikatnya, ia adalah kombinasi antara faktor biologi, psikologi, sosial dan spiritual.
Contohnya:
-
Keseimbangan hormon dan neurotransmitter yang terganggu
-
Trauma masa kecil atau tekanan hidup berpanjangan
-
Kurang sokongan sosial atau keluarga toksik
-
Hilangnya makna dan arah hidup
Islam tidak menafikan faktor saintifik ini. Sebaliknya, Islam menawarkan penyembuhan holistik yang menggabungkan tubuh, akal dan roh.
1. Doa & Zikir – Penawar Jiwa Yang Ditinggalkan
“Ketahuilah, dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.” (Surah Ar-Ra’d: 28)
Zikir harian seperti istighfar, tasbih dan selawat mampu menenangkan sistem saraf dan menurunkan tekanan darah.
Doa ini antara yang mustajab:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ
Maksud: Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu dari rasa risau dan sedih…
Amalkan setiap hari sebagai penenang keresahan.
2. Solat – Terapi Rohani Yang Berstruktur
Solat bukan hanya kewajipan, ia adalah terapi spiritual dan mental. Rukuk, sujud dan fokus dalam solat membantu sistem saraf untuk lebih stabil.
Kajian sains juga mendapati solat konsisten mampu mengaktifkan sistem parasimpatetik — yang menjadikan tubuh lebih relaks dan tenang.
3. Kaunseling & Sokongan Profesional
“…Tanyalah orang yang mengetahui jika kamu tidak tahu.” (Surah An-Nahl: 43)
Jangan malu dapatkan bantuan pakar seperti kaunselor, psikologis atau psikiatri. Islam menggalakkan ikhtiar dan ilmu. Jika boleh, pilih kaunselor yang memahami nilai Islam untuk hasil lebih menyeluruh.
4. Komuniti & Sokongan Sosial
Kehadiran seseorang yang mendengar dan memahami — sangat besar kesannya. Bina sokongan sosial dengan:
-
Bertanya khabar
-
Sertai majlis ilmu
-
Sertai komuniti kesihatan mental Islamik
Sedikit sokongan boleh selamatkan jiwa yang sedang bertahan.
Islam Bukan Hanya Solat & Puasa – Tapi Peduli Jiwa
Nabi SAW tidak menghina orang yang sedih. Baginda memeluk, mendengar dan memberi semangat. Kita juga perlu mencontohi Baginda — empati adalah sebahagian iman.
Belajar Mengaji – Permulaan Baik Untuk Pulihkan Hati
Ramai dewasa yang belum lancar Al-Quran rasa rendah diri. Akibatnya, rasa putus asa, bersalah, dan hilang semangat makin membebankan.
📘 Di Haraki, kami sediakan Kelas Trial Mengaji Kaedah Haraki hanya RM9.90 — pendekatan interaktif dan santai untuk:
-
Orang dewasa yang tak kenal huruf
-
Ibu ayah yang mahu mula semula
-
Mereka yang mudah lupa dan perlukan bimbingan lembut
➡️ Sertai sekarang: https://haraki.my
Rujukan Bacaan Tambahan:


