Pernah tak anda rasa macam ni?
Kerjaya stabil. Keluarga bahagia. Rumah selesa. Duit cukup.
Tapi entah kenapa…
Dalam hati masih terasa kosong. Jiwa rasa sunyi. Hati tak tenang.
Anda bukan keseorangan.
Ramai orang melalui perasaan yang sama—luaran nampak sempurna, tapi dalamannya kosong dan tidak bermakna.
Kenapa ini berlaku?
Salah satu sebab yang sering terlepas pandang ialah jauh dari Al-Quran.
Al-Quran Bukan Sekadar Bacaan – Ia Penawar Jiwa
Allah SWT berfirman:
“Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran (Al-Quran) dari Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada, petunjuk dan rahmat bagi orang yang beriman.”
(Surah Yunus: 57)
Al-Quran adalah manual hidup kita sebagai manusia. Bila kita hidup tanpa panduan ini, hati kita mudah rasa keliru, lemah, dan kosong. serta mudah dipengaruhi dengan anasir-anasir yang tidak baik.
Ramai yang rasa tak cukup dalam hidup bukan sebab tiada rezeki, tapi kerana tiada hubungan dengan Al-Quran.
“Saya Nak Mengaji Tapi…”
“Saya malu, saya segan sebab dah dewasa tapi masih belum pandai mengaji lagi…”
“Saya dah cuba, tapi susah nak faham dan tak ingat huruf.”
Kami faham.
Ramai dewasa di luar sana yang ingin belajar mengaji, tapi tak tahu nak mula dari mana.
Kembalikan Cahaya Dalam Hidup Dengan Kaedah Haraki
Di Haraki, kami sediakan kaedah pantas dan mudah untuk bantu golongan dewasa yang zero Quran.
✅ Tak perlu hafal banyak benda
✅ Tak malu sebab kelas santai dan mesra dewasa
✅ Belajar dari asas secara langkah demi langkah
Tak kisah umur anda berapa, masih belum terlambat untuk bermula.
Bayangkan rasa tenang bila anda mula faham, boleh baca ayat-ayat Allah, dan mengaji dengan yakin.
Jangan Biarkan Hati Kosong Tanpa Al-Quran
Harta boleh dicari, kerja boleh ditukar. Tapi ketenangan jiwa hanya datang bila hati bersambung dengan kalam Allah.
Dan semuanya bermula… dengan langkah pertama untuk mula mengaji.