Sifat hasutan nafsu disebut sebagai terarah pada satu-satu kejahatan. Ia sentiasa akan terus berusaha menghasut dan mempengaruhi secara berterusan, sehinggalah sesuatu kejahatan tersebut dilakukan.
Manakala sifat hasutan syaitan pula disebut sebagai tidak terarah pada satu-satu kejahatan sahaja. Jika ia tidak berjaya menghasut dalam satu kejahatan, ia akan berpindah untuk menghasut supaya melakukan kejahatan lain pula kerana baginya semua kejahatan adalah sama.
Syeikh Muhammad Mutawalli Sya’rawi menjelaskan: “Antara perbezaan godaan nafsu ialah ia amat kuat menarik ke arah kejahatan dengan hanya bersifat terarah dan terkhusus. Hal ini sepertimana firman Allah SWT:
إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّي
Maksudnya: “Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu).” (Surah Yusuf: 53)
Jika kita bekerja jangan ikutkan sifat yang malas oleh godaan syaitan, kita buat kerja dengan niat untuk beribadat nescaya kita tidak akan terpengaruh dengan godaan syaitan. Nafsu ini selalunya datang tanpa kita sedar contohnya seperti nafsu makan dan ini semua dalaman kita sendiri. Musuh yang paling utama ialah hawa nafsu dan Allah SWT berikan kita akal fikiran untuk menapis setiap nafsu kita itu.
Hawa nafsu ini kita yang kawal, jangan buat suatu keputusan tanpa kita berfikir panjang nanti risau kita akan menyesal. Kita mahu lakukan perkara yang kita mahu fikir dahulu, adakah perkara yang kita mahukan itu satu keperluan atau kehendak sahaja. Jangan boros nanti syaitan akan suka sebab berjaya menghasut kita.
“Apabila syaitan mengajak kamu melakukan sesuatu penyelewengan tertentu, tetapi kamu melawannya, dia akan mempengaruhi kamu supaya melakukan penyelewengan yang lain pula. Ini kerana semua pelanggaran ajaran Allah SWT itu sama sahaja baginya. Dia hanya mahu selama-lamanya mengajak kepada penyelewengan apa sahaja. Dan dia tidak mengkhususkan penyelewengan dalam satu perkara dan tidak yang lainnya.”
No comment yet, add your voice below!