Skip to content

Hadiah hari bapa

Loading

Kasih sayang seorang ibu membawa hingga ke syurga dan kasih ayah kekal sepanjang masa iaitu dari dulu sampai sekarang. Terlalu banyak  pengorbanan kedua orang tua kita demi anak-anaknya.

Dalam Islam amat digalakkan untuk menghargai kedua ibu bapa kita seperti mana ibu bapa kita menyayangi kita sejak dari kecil lagi. Pengorbanan serta jasa kedua ibubapa tak ternilai dengan wang ringgit.

Sebenarnya, untuk menghargai kedua ibu bapa tidak perlu tunggu tarikh sambutan malah setiap hari kita perlu melakukan kebaikan kepada mereka untuk membalas segala jasa dan pengorbanan mereka yang berjaya menghantar kita ke sekolah sehingga ke menara gading.

Hari bapa disambut bagi meraikan serta memberi penghormatan kepada kaum lelaki yang bergelar bapa. Kebiasaanya, sambutan hari bapa menglibatkan pemberian hadiah kepada para bapa atau mengadakan hari kekeluargaan. Kita sebagai anak boleh menghadiahkan apa saja kepada ayah tetapi sebaiknya belilah hadiah yang boleh digunakan sepanjang hayatnya, itu adalah yang terbaik.

Buntu mencari hadiah yang sesuai sempena hari bapa atau untuk memberi penghargaan kepada bapa atas segala jasa seorang insan istimewa ini? Apa kata menghadiahkan KELAS MENGAJI AL-QURAN Kaedah Haraki. Hadiah ini sangat istimewa kerana kelas mengaji Al-Quran ini mudah untuk diikuti oleh golongan yang berusia. 

Kelas mengaji Al-Quran Kaedah Haraki adalah melalui pergerakan yang penting boleh baca  dengan betul? Sudah tentu bapa suka dan seronok apabila boleh kuasai kemahiran membaca Al-Quran  dengan cara yang sangat mudah dan lebih cepat serta suasana yang santai. Yang penting tak perlu MENGHAFAL !

Selain menghadiahkan kelas mengaji Al-Quran, Kaedah Haraki mengadakan promosi untuk Buku Asas dan Flash Card yang sangat sesuai untuk diberikan kepada bapa. Antara kelebihan buku asas adalah mempunyai video penerangan yang jelas bersama pengasas Haraki, terdapat 28 latihan untuk pengukuhan penguasaan huruf, terdapat surah-surah pendek untuk menguasai huruf bersambung yang terdapat dalam Al-Quran, mempunyai ilustrasi gambar yang menarik serta mempunyai 32 video asas Al-Quran dan bonus 1 tarian tajwid.

Kaedah Haraki juga membuka peluang kepada anda untuk menghadiahkan kepada bapa  melalui infak BUKU ASAS AL-QURAN HARAKI.  Infak Buku Asas ini diberikan kepada golongan yang memerlukan seperti mualaf, orang asli, asnaf, ibu tunggal dan juga pelajar sekolah bagi belajar mengaji dari asas kenal huruf. Dengan ‘infak anda’ ini, mereka akan dapat belajar ilmu agama. 

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki