Skip to content

Hargai Orang Lain

Loading

Hargai orang di sekeliling kita dan maksud orang di sekeliling kita sudah tentu orang yang berkaitan dengan kita. Contoh ahli keluarga, saudara mara atau juga kawan dan orang yang kita selalu berjumpa dan rapat antara satu sama lain. Setiap orang termasuk diri kita sendiri sudah pasti ingin di hargai oleh orang yang kita sayang. Walaupun kita tidak meminta dan mengharap untuk orang lain menghargai, namun kita mesti ada tersimpan walaupun sedikit bahawa kita juga ingin di hargai.

Hargai Orang Sekeliling Agar Kita Dihargai Oleh Orang Lain

Kadang benda ini nampak kecil tetapi kita tidak tahu katalah hubungan suami isteri atau anak-anak sebahagian kita buat salah tetapi kadang-kadang kita terlepas pandang sebab nampak benda itu remeh sahaja. Biasanya kita terlepas pandang satu perkara iaitu kita suka ceritakan keburukan orang.

Kita sebagai pekerja, rakan sekerja, rakan sekolah atau kawan masjid yang mana kita selalu mengambil benda-benda yang negatif tetapi kita buat tidak endah sahaja dengan hal-hal kebaikan yang mereka lakukan. Contoh anak-anak buat benda baik, kita diam sahaja tetapi kalau benda tidak betul kita akan marah dan kenapa kita tidak lihat dari segi kebaikan. Mungkin anak kita atau kawan banyak perkara positif yang dilakukan dan benda yang negatif hanya sedikit sahaja.

Apabila kita tumpukan perkara yang negatif sahaja mereka tidak akan bersemangat, begitu juga kalau sebuah syarikat atau kita dengan pekerja lain walaupun benda itu kecil kita puji dan kita cerita benda baik sahaja. Perkara begini akan merapatkan hubungan komunikasi kita berbanding dengan bercerita tentang pekara negatif. Jika kita tumpukan benda yang negatif contoh berlaku kesilapan siapa sahaja yang sempurna kadang-kadang kita sendiri tersilap langkah.

Jangan kita tegur didepan orang ramai akan memalukan orang itu dan bila kita membuka aib orang bila-bila sahaja orang itu akan buka aib kita atau sesiapa sahaja yang buka aib kita dan sekarang kita dimuliakan apabila Allah SWT tutup aib kita.

Benda yang kita nak puji itu susah nak luahkan katalah isteri kita lawa dan kita puji dia akan rasa semangat. Kalau kita tidak puji seperti kita tidak dihargai dan bagaimana orang lain nak hargai kita ini. Hargai orang lain, nescaya kita akan dihargai. 

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki