Zaman sekarang sudah berkembang dengan teknologi yang semakin canggih, hari ini segala-galanya boleh didapati dengan pantas dalam sekelip mata hanya dihujung jari sahaja. Perpustakaan bukan lagi sumber mendapatkan ilmu dan maklumat tetapi sudah digantikan dengan google search untuk mencari maklumat.
Hari ini keadaan semakin sarat dengan maklumat yang telah mengubah dunia untuk lebih pantas tetapi sayangnya banyak maklumat tidak semestinya bermakna kepada masyarakat. Ada yang menggunakan laman web untuk kegiatan yang tidak berfaedah, zaman sekarang anak muda lebih memberikan tumpuan terhadap aplikasi berbanding dengan belajar.
Kita perlu berkongsi perkara yang baik sahaja kepada orang lain. Begitu juga sekiranya dalam bentuk whatsapp dan instagram, kita kongsi perkara yang mendatangkan manfaat kepada orang lain. Contohnya perkongsian kita itu menyebabkan orang tertarik untuk membaca al-Quran dan beribadat ke jalan Allah SWT maka kita akan memperolehi pahala daripada perkongsian tersebut.
Selama ini ada dikalangan kita yang ingin belajar al-Quran tetapi tidak tahu dimana tempatnya. Jika perkongsian kita itu bermanfaat, walaupun kita saja untuk berkongsi menyebabkan orang lain hendak belajar al-Quran. Bila orang itu sudah boleh baca al-Quran disebabkan perkongsian kita, kita akan mendapat pahala tapi sekiranya kita kongsi benda yang tidak baik maka kita takut ianya menjadi satu fitnah.
“Jangan kongsi kalau tak pasti”
Kadang kita lakukan perkara wajib seperti solat, baca al-Quran dan oleh kerana perkongsian yang tidak sepatutnya kita kongsi akan membuatkan kita mendapat dosa. Kita perlu siasat dahulu dan jangan mudah kita viralkan benda yang belum ada kepastian. Jika kita selalu berkongsi perkara yang tidak benar akan memberikan impak yang cukup besar kepada orang lain. Fikir dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara, Allah SWT berikan kita akal untuk berfikir tetapi jika kita tidak gunakan sebaik mungkin, kita sama seperti haiwan yang tidak mempunyai akal fikiran.
Maka kita perlu mengumpul pahala sebanyak mungkin dan untuk perkara yang mengurangkan pahala kita cuba elakkan dalam diri. Jika ada perkongsian mengenai ceramah atau kelas mengaji anda patut berkongsi kerana jika orang itu pergi belajar kelas mengaji anda akan dapat pahala juga. Pahala ini senang untuk kita raih, niat sahaja untuk lakukan kebaikan akan dapat juga. Kita lakukan perkara yang baik walaupun sekecil zahrah Allah SWT berikan kita pahala. Kita sahaja yang mahu atau tidak mahu untuk rebut peluang tersebut.
Jika niat itu baik untuk berkongsi perkara yang memberikan manfaat kepada orang lain, maka hati kita sentiasa akan tenang. Kita juga rasa hal yang tidak penting kita tidak akan kongsikan kerana kemungkinan perkara yang kita kongsikan itu boleh jatuhkan orang lain. Maka mari kita sama-sama betulkan niat kita jika mahu berkongsi maklumat kepada orang lain. Renungkan !!
Antara doa untuk terhindar daripada fitnah :
اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ وَتَرْكَ الْمُنْكَرَاتِ وَحُبَّ الْمَسَاكِينِ وَإِذَا أَرَدْتَ بِعِبَادِكَ فِتْنَةً فَاقْبِضْنِى إِلَيْكَ غَيْرَ مَفْتُونٍ
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu taufiq untuk bisa mengamalkan semua kebaikan, meninggalkan semua kemungkaran, dan bisa mencintai orang miskin. Jika Engkau menghendaki untuk menimpakan ujian (fitnah) bagi hamba-hamba-Mu, maka wafatkanlah aku, tanpa terkena fitnah itu”
No comment yet, add your voice below!