Hadiahkan pahala buat arwah

Jun 20, 2022 | Info

62474ecc248d001f4111e1bbda8f3c27

ALLAH SWT memerintahkan hamba-Nya agar berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan mentaati mereka selagi mana perkara yang diperintahkan tidak bercanggah dengan syarak. Ibu bapa merupakan insan yang mencurahkan jasa dan pengorbanan yang amat besar kepada anak-anak sehingga mereka berkorban nyawa, tenaga dan harta.

Kedudukan ibu bapa di sisi ALLAH swt amatlah tinggi sehinggakan ALLAH swt meletakkan perintah berbuat baik kepada ibu bapa seperti firman Allah:

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman, ayat 14).

Oleh itu, kita sebagai anak sangat disarankan untuk menghargai ibu bapa dengan memberi hadiah sempena hari lahir, ulang tahun perkahwinan, hari ibu serta hari bapa atau menyedekahkan pahala amalan-amalan soleh kepada arwah orang tua kita seperti bacaan Al-Quran, sedekah, Wakaf, upah haji dan sebagainya.

Melalui pemberian hadiah serta sedekah ini menunjukkan bahawa kita menyayangi dan menghargai mereka serta tanda kita mengingati kedua-duanya yang telah pergi dan mendoakan pengampunan dan kesejahteraan untuk mereka di alam barzakh. Justeru, berbaktilah kepada ibu bapa kerana ganjarannya tidak ternilai.

Bersempena dengan Hari Bapa, jom mengejar ganjaran INFAK BUKU ASAS AL-QURAN HARAKI untuk diberikan kepada golongan yang memerlukan seperti mualaf, orang asli, asnaf, ibu tunggal dan juga pelajar sekolah bagi belajar mengaji dari asas kenal huruf.

INFAK BUKU ASAS RM50/naskah, anda akan dapat

✅ FREE GIFT, KAD PITAH

✅ Infak RM100 & ke atas akan dapat 50% tiket daurah solat

✅Membership point 2x


Berminat INFAK BUKU ASAS AL-QURAN HARAKI

Jom Belajar Mengaji Al-Quran Dengan Cepat, Mudah & Santai Dengan Kaedah Haraki

Dengan kaedah Haraki, anda boleh membaca Al-Quran dari zero sehingga mahir dalam suasana yang mudah dan santai. Sertai ribuan pelajar yang telah berjaya menguasai bacaan Al-Quran dengan pendekatan kami yang unik, mudah difahami, dan dijamin berkesan.

Pin It on Pinterest

0
    0
    Item Dalam Tempahan
    Tiada item dalam Cart andaKembali ke Halaman Utama