Skip to content

Hadiah Sempena Hari Ibu Untuk Yang Tersayang

Loading

Ibu merupakan insan istimewa yang hadir dalam hidup setiap individu. Mereka adalah insan yang sering berkorban demi kebahagiaan anak-anak. Nilai kasih sayang dan pengorbanan ibu yang melahirkan tidak dapat dibandingkan dengan wang ringgit.

Sebagai seorang anak, kita perlulah berusaha untuk menggembirakan hati seorang ibu. Oleh itu, bagi meraikan penat lelah mereka berikan hadiah pada hari istimewa mereka. Tidak dinafikan, bukan mudah untuk memilih hadiah yang sesuai untuk ibu malah ada kalanya keliru mencari idea hadiah untuk ibu.

Sekiranya anda  masih lagi tidak tahu hadiah apa untuk diberikan kepada ibu anda  atau sedang  mencari idea hadiah untuk ibu yang terbaik, jangan risau. Ada beberapa idea hadiah untuk ibu yang menarik sempena meraikan hari istimewa beliau.  

1. Tudung

Tambahkan koleksi tudung ibu anda dengan menghadiahkan beliau tudung baru sempena hari ibu. Anda juga boleh memilih tudung yang sesuai mengikut trend terkini yang dijual di pasaran mengikut citarasa ibu anda. 

2. Beg Tangan

Beg tangan juga adalah salah satu hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada ibu tercinta. Bolehlah ibu menggunakannya untuk ke majlis kenduri kahwin atau majlis tertentu.

Terdapat pelbagai jenis dan reka bentuk beg tangan yang anda boleh pilih mengikut cita rasa ibu anda.  

3. Al-Quran

Apabila sudah beranjak ke usia senja, para ibu biasanya akan banyak menghabiskan masa untuk berehat. Masa yang terluang boleh dimanfaatkan dengan membaca al-Quran ataupun beribadah.

Sempena hari ibu, anda boleh hadiahkan senaskah al-Quran yang mempunyai tulisan yang besar iaitu bersaiz A4 dan berwarna agar mudah dibaca lebih-lebih lagi apabila ibu anda mempunyai masalah penglihatan disebabkan oleh faktor usia.  Secara tidak langsung, ini akan membantu menaikkan semangat ibu anda untuk terus membaca al-Quran. 

4. Kasut

Sepasang kasut yang selesa dipakai juga boleh dijadikan hadiah sempena hari ibu kerana semakin menginjak usia kasut memainkan peranan untuk berjalan dalam jangka masa yang lama.

Jadi, anda boleh memberikan hadiah kasut yang selesa buat ibu. Selain itu,  pastikan juga anda mengetahui saiz kaki ibu anda serta jenis kasut yang disukainya. 

5. Kelas Mengaji (KOHUZ)

Tudung, kasut dan baju sering dijadikan hadiah sempena hari ibu. Kelas Online Haraki Ustaz Zakaria (KOHUZ) juga boleh dijadikan hadiah buat ibu tercinta. 

Pembelajaran KOHUZ dari asas hingga tajwid dengan tonton video dan mempunyai latihan sekali untuk ulangkaji. Ibu anda boleh mantapkan bacaan al-Quran selama 2 bulan dengan belajar Kohuz.

Lagi menarik ibu anda tak perlu menghafal dan mengingati sebarang hukum tajwid apabila belajar Kohuz.  

Loading

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki