Guru Pendidikan Islam Belajar Tarian Haraki

Jun 22, 2022 | Program

Pada 20 Jun 2022 (Isnin) yang lepas telah berlangsungnya Ceramah dan Bengkel PDPC Al-Quran Kaedah Haraki terhadap Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah. Program ini berlangsung di Dewan Besar, Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara. Alhamdulillah, seramai 84 orang guru dan 4 pelajar sampel telah terlibat dalam ceramah dan bengkel ini. Program ini berlangsung dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.


All


Bengkel PDPC Al-Quran Kaedah Haraki








Keseronokan jelas terpancar pada riak wajah masing-masing yang sedang belajar asas mengaji menggunakan Kaedah Haraki. Semoga ilmu yang diperoleh dimanfaatkan kepada anak-anak murid sekalian.

Jom tengok sebahagian respon GPI yang sertai bengkel pada isnin baru-baru ini. 

Respon pertama:

“Penceramah menggunakan segala kaedah dan pedagogi terkini bagi menarik perhatian guru.”

Respon kedua:

“Penceramah sangat mahir dan master dalam P&P serta pengawalan kelas”

Respon ketiga:

“P&P yang disampaikan sangat menarik dan menyeronokkan. Penuh bertenaga dan bersemangat.”

Respon keempat:

“Pelajar kelihatan tidak bosan dan menumpukan perhatian dgn baik.”

Respon kelima:

“Boleh diaplikasikan pada murid. Seronok belajar dan rasa ingin belajar hingga ke seterusnya.”

Respon keenam:

“Pandangan saya sangat teruja dan percaya bahawa pembelajaran yang berkesan adalah hasil daripada penyampaian yg bagus dan berkualiti. Bukan sahaja hanya mendengar, tetapi dapat diingati sampai bila2.”

Semoga lebih banyak PPD dan GPI sekolah yang lain didedahkan dengan PDP Kaedah Haraki pada masa akan datang . 

Jom Belajar Mengaji Al-Quran Dengan Cepat, Mudah & Santai Dengan Kaedah Haraki

Dengan kaedah Haraki, anda boleh membaca Al-Quran dari zero sehingga mahir dalam suasana yang mudah dan santai. Sertai ribuan pelajar yang telah berjaya menguasai bacaan Al-Quran dengan pendekatan kami yang unik, mudah difahami, dan dijamin berkesan.

Pin It on Pinterest

0
    0
    Item Dalam Tempahan
    Tiada item dalam Cart andaKembali ke Halaman Utama