Skip to content

Penyebab perasaan gelisah dan rasa kosong

Loading

Kenapa hati gelisah? Hati rasa kosong? Hati adalah pusat kawalan bagi anggota badan kita. Cuba renung-renungkan, mengapa agaknya hati kita sering rasa kosong dan tidak gembira? Mengapa kita sering dibelenggu rasa resah dan gelisah hinggakan hendak teruskan aktiviti harian pun terasa sukar? Di saat kita berasa gelisah, putus asa dan sedih, cuba bertanya kepada hati apakah puncanya? Tidak dapat dinafikan, semua rasa inilah yang menyebabkan kita hidup dalam keadaan gelisah dan tidak tenteram. Oleh sebab itu, ramai yang mula mencari erti sebenar kegembiraan dan kebahagiaan dalam kehidupan.

Perkara yang membuatkan hati kosong, gelisah dan tidak gembira:

  1. Selalu membandingkan diri dengan orang lain

Memandang orang yang lebih berjaya dan fikir ‘Untunglah kalau aku boleh jadi kaya dan berjaya macam dia’. Selalunya fikiran begini akan diikuti pula dengan fikiran lain yang membuatkan hati kita rasa kosong dan tidak gembira. Secara langsung wujudnya perasaan ragu-ragu dengan kebolehan diri sendiri. Oleh itu, cuba elakkan daripada membandingkan diri sendiri dengan kehidupan orang lain. Sebaliknya, cuba terima bahawa setiap orang menjalani kehidupan yang berlainan, dan setiap jalan itu mempunyai cerita yang berbeza-beza.

     2. Hati tidak gembira kerana kurang bersyukur

Kebiasaanya kita terlalu taksub memikirkan apa yang kita tidak ada, sehingga terlupa untuk bersyukur dengan apa yang kita ada. Cuba berhenti sejenak dan cuba renungkan segala kurniaan Tuhan terhadap kita. Kadangkala hidup bersederhana lebih membahagiakan berbanding hidup mewah.

     3. Tersangkut pada masa lalu

Kebanyakan orang masih lagi hidup dengan bayang bayang lampau mereka. Malah, mereka juga membiarkan segala kesedihan, penyesalan, dan peluang yang terlepas menghantui mereka hingga ke hari ini. Malangnya, masa lalu tidak boleh diundur. Apa yang kita boleh lakukan ialah belajar daripada kesilapan dan cuba memperbaiki kesilapan pada masa akan datang.

     4. Rasa kosong disebabkan terlalu pentingkan kesempurnaan

Terlalu mengejar kesempurnaan atau boleh digelar sebagai Perfectionist merupakan salah satu punca hati rasa kosong dan tidak bahagia. Terdapat tiga jenis perfectionist iaitu yang pertama, mementingkan kesempurnaan daripada diri sendiri. Kedua, perlu jadi sempurna disebabkan pandangan orang lain dan yang ketiga, mengharapkan orang lain jadi sempurna untuk diri anda. Ketiga-tiga jenis kesempurnaan ini boleh menghilangkan kegembiraan diri anda dan juga orang lain.

Kesimpulan

Ubatilah hati gelisah, rasa kosong dan tidak gembira agar ianya tidak terus parah dan meracuni diri. Kekayaan dan harta benda tidak menjamin untuk mendapat hati yang tenang dan gembira. Kunci ketenangan hati terletak di tangan kita sendiri.

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki