Belajar Al-Quran Dewasa – Kisah Inspirasi Pak Ya Bersama Haraki

Sep 10, 2025 | Haraki

🌟 Kisah Bermula

Belajar Al-Quran dewasa di usia emas bukanlah sesuatu yang mustahil. Pada 4 September yang lalu, Pejabat Utama Haraki di Kamunting, Taiping menerima kunjungan mesra daripada En. Yahya Darus @ Pak Ya, seorang pelajar berusia 70-an, bersama keluarga. Beliau merupakan salah seorang pelajar Kelas Haraki di bawah bimbingan Ustaz Hafizi.

Kisah beliau cukup menyentuh hati. Pak Ya bersekolah di sekolah jenis Tamil pada zaman kanak-kanak, di mana subjek Al-Quran tidak ditekankan. Akibatnya, beliau membesar tanpa asas mengaji yang kukuh. Namun, timbul kesedaran dalam dirinya — sudah sampai masa untuk berubah dan mula membaca Al-Quran & bermula dari kosong.


 

📱Bertemu Haraki di TikTok

Dalam pencarian ilmu, Pak Ya menemui akaun TikTok @UstazMenari dan @KaedahHaraki. Beliau tertarik dengan cara pengajaran Haraki yang mudah, santai, dan tidak menekan pelajar. Kaedah Haraki menggunakan tarian, menyanyi, karaoke, melukis dan cerita untuk memudahkan hafalan.

Pada November 2024, beliau mengambil langkah berani untuk mendaftar sebagai pelajar Haraki. Hari pertama agak kekok, kerana usia sudah lanjut dan keyakinan diri masih rendah. Namun, suasana kelas Haraki yang mesra membuatkan beliau selesa. Alhamdulillah, hasil konsistensi menghadiri kelas, kini Pak Ya sudah mampu membaca Al-Quran dengan lebih baik, dan masih meneruskan pembelajaran untuk mempertingkatkan bacaan sehingga khatam.


 

🗣️Testimoni Isteri: “Saya Pun Terkejut”

Dalam kunjungan ini, kami sempat menemubual isteri beliau, Pn. Haznah, mengenai perkembangan suaminya.

Pn. Haznah berkongsi, sebelum ini suaminya hanya mampu membaca ayat lazim yang pendek dan sering ada kesalahan. Namun selepas menyertai kelas Haraki, bacaannya semakin baik.

“Saya sendiri terkejut bila nampak perubahan. Suami saya sekarang semakin rajin mengaji, malah bila ada masa terluang, dia sendiri akan ambil inisiatif untuk membaca Al-Quran. Saya pun turut bersama-sama memperbetulkan bacaannya.”

Beliau juga menekankan rasa syukur kerana perubahan ini menjadikan keluarga mereka lebih dekat dengan Al-Quran.


 

🧑‍🏫 Testimoni Guru: “Pelajar Yang Komited”

Guru pembimbing beliau, Ustaz Hafizi, turut berkongsi pandangan mengenai perkembangan Pak Ya.

“Waktu mula-mula masuk kelas, bacaan Pak Ya masih merangkak dan beliau nampak agak gementar. Tetapi semangat belajar beliau luar biasa. Beliau seorang pelajar yang komited dengan kelas. Beliau tidak pernah tinggal kelas online Haraki walaupun berada di Vietnam, Ipoh, atau ke mana sahaja sepanjang tempoh pembelajaran. Itu membuktikan walau di mana pun berada, kelas Haraki tetap boleh diteruskan.”

Ustaz Hafizi menambah bahawa kisah seperti Pak Ya memberi inspirasi kepada pelajar lain. Beliau membuktikan bahawa belajar Al-Quran dewasa bukan halangan untuk berjaya, malah lebih bermakna kerana datang dengan kesedaran dan kesungguhan.


 

🙏 Harapan Belajar Al-Quran Dewasa

Kami di Haraki berdoa agar Pak Ya terus istiqamah sehingga berjaya khatam Al-Quran. Malah, beliau sendiri sudah berniat untuk khatam dua kali bersama Haraki. Lebih jauh lagi, semoga beliau dapat menyebarkan manfaat Kaedah Haraki ini kepada keluarga, jiran, rakan-rakan, dan khususnya masyarakat di negeri Pahang.

Kisah beliau membuktikan bahawa tiada istilah terlambat untuk belajar Al-Quran dewasa. Dengan niat ikhlas, usaha berterusan, dan kaedah yang betul, sesiapa sahaja mampu celik Al-Quran.


 

📖 Inspirasi Buat Semua

Kisah Pak Ya adalah inspirasi untuk kita semua — bahawa walaupun bermula dari kosong, tetap ada harapan. Jika anda atau orang tersayang masih belum lancar membaca Al-Quran, jangan tangguh lagi. Sertai Kelas Haraki dan rasai sendiri kemudahan kaedah ini.

👉 InshaAllah, perjalanan anda juga akan berubah, seperti Pak Ya. Jika anda terinspirasi dengan kisah beliau dan mahu jadi seperti Pak Ya, hubungi Admin Haraki hari ini. Kami akan tunjukkan jalan mudah, berkesan, dan menyeluruh untuk belajar Al-Quran dewasa.

Klik Admin Haraki sekarang!


📝 Kami Amat Berbesar Hati

Pihak Haraki ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pak Ya kerana sudi meraikan kami dengan jamuan makan di Wan Ikan Bakar, Taiping. Semoga Allah membalas dengan keberkatan rezeki dan melimpahkan kebaikan buat beliau sekeluarga.

Jom Belajar Mengaji Al-Quran Dengan Cepat, Mudah & Santai Dengan Kaedah Haraki

Dengan kaedah Haraki, anda boleh membaca Al-Quran dari zero sehingga mahir dalam suasana yang mudah dan santai. Sertai ribuan pelajar yang telah berjaya menguasai bacaan Al-Quran dengan pendekatan kami yang unik, mudah difahami, dan dijamin berkesan.

Pin It on Pinterest

0
    0
    Item Dalam Tempahan
    Tiada item dalam Cart andaKembali ke Halaman Utama
    slot gacor slot777 robopragma robopragma toto slot slot gacor slot gacor rans303 slot gacor toto slot SPY77 slot gacor slot gacor dentoto situs toto gampangtoto Beringintoto

    slot gacor

    situs slot dana situs toto toto slot88 wiltoto https://internship.infoskaters.com/ admnp.gku.ac.in Mantraslot djarum88 situs toto situs toto situs toto Mastertogel