Doa selepas membaca Al Quran

Feb 17, 2022 | Al-Quran

Doa bukan sahaja memberi maksud permohonan seseorang dari tuhannya. Doa juga boleh diertikan sebagai satu gaya untuk mendekatkan diri kepada Allah swt sepertimana yang didefinisikan oleh Ibnu Manzur di dalam karyanya Lisan al-‘Arab iaitu ‘berkehendak kepada Allah swt’. Definisi ini membawa maksud pengabdian diri seseorang hamba kepada Allah swt, ia merangkumi pengagungan, penyucian zat Allah swt dari persamaan dengan sebarang makhluk, momohon rahmatNya, keampunan dariNya dan seumpamanya.

Doa selepas membaca Al-Quran

Maksudnya: “Ya Allah rahmatilah kami dengan Al-Quran. Jadikan ia imam kami, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami apa yang kami lupa dan ajarkan bagi kami apa yang kami jahil. Kurniakanlah kepada kami untuk dapat membacanya sepanjang malam Ya Allah dan sepanjang siangnya. Jadikanlah ia perisai kami. Wahai Tuhan sekelian alam.”

Doa ini kebiasaanya di baca selepas membaca Al-Quran memohon daripada Allah swt agar diberikan rahmat, cahaya, hidayah dan syafaat. Semoga doa ini dapat memberi bermanfaat.

Jom Belajar Mengaji Al-Quran Dengan Cepat, Mudah & Santai Dengan Kaedah Haraki

Dengan kaedah Haraki, anda boleh membaca Al-Quran dari zero sehingga mahir dalam suasana yang mudah dan santai. Sertai ribuan pelajar yang telah berjaya menguasai bacaan Al-Quran dengan pendekatan kami yang unik, mudah difahami, dan dijamin berkesan.

Pin It on Pinterest

0
    0
    Item Dalam Tempahan
    Tiada item dalam Cart andaKembali ke Halaman Utama