SUNNAH merupakan sumber kedua yang menjadi ikutan dan teladan buat umat islam selepas Al-Quran. Istilah ‘as-Sunnah’ dari perkataan Arab iaitu ath-thariq yang bererti jalan. Dijelaskan menurut Bahasa Arab bahawa perkataan ‘as-sunnah’ ialah ‘ath-thariqah’ membawa erti kebiasaan, perjalanan hidup, atau kelakuan yang terpuji.
Amalan Sunnah Nabi dan para sahabat yang terdahulu sering dilupakan oleh masyarakat sekarang kerana mungkin sebahagian dari mereka menganggap cukup dengan mengamalkan amalan-amalan wajib harian sahaja dan amalan Sunnah dilakukan sekiranya mempunyai kelapangan waktu. Sesungguhnya amalan Sunnah memiliki keistimewaan luar biasa yang boleh menyempurnakan amalan wajib yang kita kerjakan dalam kehidupan seharian.
Rasulullah SAW mengamalkan amalan Sunnah dalam kehidupan seharian beliau malah Allah SWT telah menyeru setiap umatnya agar beribadah dan memiliki akhlak peribadi yang mulia. Amalan Sunnah adalah amalan-amalan apabila melakukannya akan mendapat pahala dan tidak berdosa jika kita meninggalkannya.
Dalam sebuah hadis disebutkan:
“Barang siapa melakukan Sunnah yang baik dalam Islam, maka selain memperoleh pahala bagi dirinya, juga mendapat tambahan pahala dari orang yang mengamalkan sesudahnya, dengan tanpa mengurangi sedikitpun pahala mereka. Dan barang siapa melakukan Sunnah yang jelek dalam islam, maka selain memperoleh dosa bagi dirinya, juga mendapat tambahan dosa dari orang yang melakukan sesudahnya dengan tanpa mengurangi sedikitpun dosa mereka.” (HR Muslim)
@kaedahharaki Solat anda sempurna tak? Kalau yakin takpe, kalau tak yakin, jum belajar, boleh klik link di bio untuk maklumat lanjut #daurahsolat #bedaie #kaedahharaki ♬ original sound - Belajar Mengaji Al-Quran
Jom kita Daurah Solat Sempurna: 100 Sunnah Yang Ditinggalkan untuk dapatkan solat yang lebih sempurna serta mengamalkan sunnah dalam kehidupan seharian.
No comment yet, add your voice below!