Dari Lagu “Ayam” Ke Huruf Al-Quran

May 5, 2026 | Artikel

Ada karya yang sekadar didengar dan ada karya yang terus kekal malar hijau & hidup dalam ingatan.

Pemergian mengejut Allahyarham Jalil Hamid baru ini bukan sekadar kehilangan seorang seniman, tetapi seolah-olah membuka kembali lembaran kenangan membesar dengan lakonan & lagu-lagu beliau.

Antara yang paling segar dalam ingatan ramai pastinya lagu “Ayam”.

Lagu yang mungkin kedengaran sederhana, tetapi sebenarnya sarat dengan jiwa, budaya dan cara hidup masyarakat yang dekat dengan kita. Lagu ini merupakan hasil sentuhan kreatif komposer Dr Azmeer Abu Bakar, dengan lirik yang ditulis sendiri oleh Allahyarham Jalil Hamid.

Apa yang menjadikannya istimewa bukan sekadar pada melodi, tetapi pada cara penyampaiannya.

Bersahaja.
Santai.
Seolah-olah bercerita.

Melalui lagu tersebut, kita bukan sekadar mendengar kisah tentang ayam, tetapi tanpa sedar kita diperkenalkan dengan peribahasa, bidalan dan cara hidup masyarakat yang begitu dekat dengan jiwa masyarakat Malaysia. Ungkapan seperti “telur sebiji, riuh sekampung” bukan sekadar kata-kata, tetapi gambaran kehidupan yang mudah difahami dan mudah diingati.Di situlah kekuatan sebuah karya. Apabila sesuatu itu dekat dengan kehidupan,ia tidak terasa berat.

Ia mudah difahami.
Dan lebih mudah diingati.


Menariknya, pendekatan yang sama juga digunakan dalam pembelajaran Al-Quran melalui Kaedah Haraki. Ramai sebenarnya ingin belajar, tetapi berdepan kesukaran untuk memahami dan mengingati huruf-huruf hijaiyah.

Bukan kerana tidak mampu tetapi kerana belum menemui cara yang sesuai.

Dalam Kaedah Haraki, pembelajaran tidak bergantung kepada hafalan. Sebaliknya, ia menggunakan pendekatan yang dekat dengan kehidupan — visual, cerita, bunyi, pergerakan dan lagu.

Sebagai contoh, huruf “ش” (syin).

Ia diperkenalkan melalui visual, cerita, bunyi & lagu:

Pak Aji menghalau ayam
👉 “Ssyyooh… ssyyooh…”
bunyi menghalau ayam.

Bagi yang pernah melihat atau mengalami situasi tersebut, bunyi itu bukan sesuatu yang asing.

Ia adalah memori.

Dan apabila memori digunakan dalam pembelajaran, sesuatu yang sukar menjadi lebih mudah untuk difahami. Pendekatan ini dikenali sebagai local wisdom — menggunakan pengalaman kehidupan sebagai asas pembelajaran. Tanpa disedari, apa yang pernah kita dengar dalam kehidupan seharian boleh menjadi jambatan untuk kita mendekati Al-Quran.

Seperti mana sebuah lagu mampu memperkenalkan budaya dan bidalan masyarakat, pendekatan yang sama juga mampu membawa kita mengenal huruf-huruf suci Al-Quran dengan lebih dekat.


Pemergian Allahyarham Jalil Hamid meninggalkan kesan yang mendalam khususnya kepada warga seni & rakyat Malaysia sendiri. Namun karya yang ditinggalkan beliau terus hidup, bukan sahaja sebagai hiburan, tetapi sebagai sebahagian daripada memori yang membentuk cara kita melihat dan memahami kehidupan,

Dan mungkin…
daripada sesuatu yang kelihatan kecil seperti bunyi dan kenangan itu… Lahir satu jalan untuk kita kembali kepada Al-Quran.


Pesan Haraki ❤️

Jika selama ini terasa sukar untuk mula belajar mengaji, mungkin bukan kerana kita tidak mampu, tetapi kerana belum menemukan cara yang dekat dengan diri kita.

Belajar tidak semestinya bermula dengan sesuatu yang berat.

Kadang-kadang, ia bermula dengan sesuatu yang kita kenal…
dan perlahan-lahan kita bina semula.

Jika hati pernah terdetik untuk kembali kepada Al-Quran, mungkin ini saatnya.

Dan kami di Haraki sentiasa bersedia untuk membimbing dengan cara yang lebih mudah, santai dan dekat dengan kehidupan.


🤍 Ucapan Takziah Dari Haraki

Kami di Haraki merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Jalil Hamid. Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa beliau, menerima segala amal kebaikan, dan menempatkan beliau dalam kalangan hamba-hamba yang soleh & beriman.

Terima kasih atas karya dan kenangan yang beliau tinggalkan —ia terus hidup & kekal malar hijaudalam hati masyarakat.

Al-Fatihah.

Jom Belajar Mengaji Al-Quran Dengan Cepat, Mudah & Santai Dengan Kaedah Haraki

Dengan kaedah Haraki, anda boleh membaca Al-Quran dari zero sehingga mahir dalam suasana yang mudah dan santai. Sertai ribuan pelajar yang telah berjaya menguasai bacaan Al-Quran dengan pendekatan kami yang unik, mudah difahami, dan dijamin berkesan.

Pin It on Pinterest

0
    0
    Item Dalam Tempahan
    Tiada item dalam Cart andaKembali ke Halaman Utama