Pernah dengar Selawat Adrikni?

May 25, 2022 | Info

7cafac80f263ff8cce6fb71b31f52d5d

Pengenalan

Selawat ini memiliki nama lain iaitu selawat adrikiyah atau selawat khitab, merupakan selawat yang telah diajarkan secara langsung oleh Rasulullah SAW kepada Syeikh Hamid Affandy al-‘Imadi. Selawat adrikni ini memiliki kehebatan dan kebaikan dalam banyak perkara. Bahkan seorang wali kutub (raja wali), Habib Syaikh Ali Al-Makkatul Mukarromah mengatakan seperti berikut:

Lapangkanlah hatimu dan isilah jiwa halusmu dengan selawat adrikiyah kerana akan menjadikan kita selamat di dunia dan di akhirat.

Asal Usul Selawat Adrikni

Syeikh Hamid mengaku mendapat petunjuk tentang selawat ini melalui sebuah mimpi. Beliau adalah seorang mufti kota Syam yang dalam mimpinya dia mengaku bertemu Nabi Muhammad SAW yang kemudiannya bersabda, “Barang siapa membaca sholawat tersebut, Allah SWT akan memberi kemudahan kepadanya dalam pelbagai urusan.”

Selawat yang dimaksud tidak lain dan tidak bukan ialah selawat adrikni, yang mempunyai banyak keutamaan dan kelebihan.

Selawat Adrikni

الصَلاَةُ وَالسلامُ علَيْكَ يَاسَيِّدِيْ يَارَسْوْلَ اللهِ خُـــذْ بِيَدِيْ قَلَّتْ حِيْلَتِيْ أَدْرِكْنِيْ

Assholaatu wa salaamu ‘alaika yaa sayyidi yaa Rasulallah khudz biyadii qollat hiilatii adriknii.

Maksud selawat adrikni:  “Rahmat dan sejahtera semoga melimpah kepadamu, wahai junjunganku Rasulullah, peganglah tanganku, sedikit sekali upayaku, maka temukanlah aku”

Terdapat banyak keistimewaan selawat adrikiyah atau adrikni ini, diantaranya adalah mendapat rezeki yang melimpah ruah, membuka mata batin, mendapat penyembuhan penyakit, membuang mazmumah iaitu sifat-sifat buruk dan diberikan jodoh yang beriman dan setia.

Oleh itu, bagi siapa yang membaca selawat adrikni ini sebanyak 1000 kali pada malam jumaat, inshaaAllah akan dikabulkan hajatnya. Sesiapa yang membaca selawat adrikiyah dengan hati yang lapang maka akan diberi keselamatan dunia dan akhirat serta selawat ini adalah sebagai saham akhirat kelak. InshaaAllah..


Belajar secara PERCUMA boleh klik disini

Jom Belajar Mengaji Al-Quran Dengan Cepat, Mudah & Santai Dengan Kaedah Haraki

Dengan kaedah Haraki, anda boleh membaca Al-Quran dari zero sehingga mahir dalam suasana yang mudah dan santai. Sertai ribuan pelajar yang telah berjaya menguasai bacaan Al-Quran dengan pendekatan kami yang unik, mudah difahami, dan dijamin berkesan.

Pin It on Pinterest

0
    0
    Item Dalam Tempahan
    Tiada item dalam Cart andaKembali ke Halaman Utama