Bersyukur Dengan Setiap Yang Berlaku

Jul 11, 2020 | Info

Sifat syukur berada pada tahap tertinggi kerana tidak ramai yang mampu mencapai tahap syukur di atas semua anugerah diterima di dunia ini. Ada juga masyarakat yang tidak boleh terima apabila diberikan ujian, Allah SWT hadirkan ujian untuk kita apabila kita mampu untuk menempuh segala yang berlaku. Bak kata pepatah “selepas hujan pasti ada pelangi”. Allah SWT berfirman: 

“Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-Ku yang bersyukur.” (As-Saba’ : 13)

Sedangkan Allah SWT juga menegaskan, bagi hamba-Nya yang sentiasa bersyukur akan ditambah nikmat mereka. Sifat syukur juga membolehkan seseorang mendapat pahala besar. Bila kita sentiasa bersyukur Allah SWT akan berikan ganjaran yang lebih lagi daripada kita jangka. Jika kita terima sumbangan daripada orang lain kita perlu ada sifat bersyukur dan ucapkan terima kasih. Orang yang berikan sumbangan itu berasa seronok kerana kita menghargai pemberian mereka.

Ada tiga perkara yang harus kita lakukan  ketika kita menerima nikmat Allah agar kita dipandang sebagai hamba yang bersyukur kepada-Nya.

  • Pertama: secara batin kita harus mengakui telah menerima nikmat dari Allah.
  • Kedua: secara zahir kita mengucapkan syukur atas nikmat itu.
  • Ketiga: kita harus menjadikan nikmat itu sebagai pendorong untuk lebih kuat beribadah kepada Allah SWT 

Bila ketiga perkara tersebut telah berpadu dalam diri seorang hamba, maka ia layak dikatakan sebagai hamba yang bersyukur kepada Allah.

Syukur itu tidak terhenti hanya di dunia sebaliknya haruslah berkekalan hingga ke akhir hayat supaya terhindar daripada sifat kufur terhadap nikmat diberi.

Jom Belajar Mengaji Al-Quran Dengan Cepat, Mudah & Santai Dengan Kaedah Haraki

Dengan kaedah Haraki, anda boleh membaca Al-Quran dari zero sehingga mahir dalam suasana yang mudah dan santai. Sertai ribuan pelajar yang telah berjaya menguasai bacaan Al-Quran dengan pendekatan kami yang unik, mudah difahami, dan dijamin berkesan.

Pin It on Pinterest

0
    0
    Item Dalam Tempahan
    Tiada item dalam Cart andaKembali ke Halaman Utama