Skip to content

Berapa Umurmu Sekarang? Perbanyakkan Amal Ibadah Di Usia 50 Tahun Ke atas.

Loading

Ulama membahagikan fasa umur manusia kepada beberapa masa tertentu dalam hidup supaya mereka menyedari saat yang dilalui dan tidak terleka menjalani kehidupan di dunia ini.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintah-Nya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang yang rugi.” (Surah al-Munafiqun, ayat 9)

Ketika diusia lewat 40 tahun, jangan terlalu sibuk mengejar urusan dunia atau berasa gembira dengan hal ehwal keduniaan semata-mata dan tenggelam dalam kelalaian diri. Sebaliknya bersedialah untuk menghadapi kematian dan mengubah ketentuan.

Berapa Umurmu Sekarang? Sudah 50 tahun?

“Allah SWT tidak lagi memberi alasan bagi siapa yang telah dipanjangkan umurnya hingga 50 tahun” – (Hadis Riwayat Bukhari)

Al-Khattabi berkata: “Maknanya, orang yang Allah SWT panjangkan umurnya sehingga 50 tahun, tidak diterima lagi keuzuran/alasan kerana usia 50 tahun merupakan usia yang dekat dengan kematian.

Oleh yang demikian, ini merupakan kesempatan untuk memperbanyakkan taubat, beribadah dengan khusyuk dan bersiap-siap untuk bertemu Allah SWT. – (Tafsir Al-Qurthubi)

Fudhail bin Iyadh berkata kepada seseorang yang telah mencapai umur 50 tahun. Beliau berkata “Bererti sudah 50 tahun kamu berjalan menuju tuhanmu, sekarang hampir sampai… lakukan yang terbaik pada sisa usia senjamu, lalu akan diampuni dosa-dosa mu yang lalu. Tapi jika engkau masih berbuat dosa diusia senjamu, kamu pasti akan dihukum akibat dosa masa lalu dan masa kini sekaligus”.

Para alim ulama memberi nasihat bagi umur yang sudah mencapai 50 tahun:

  1. Jangan berlebihan berhias, bersolek dan berpakaian.
  2. Jangan berlebihan makan, minum dan berbelanja barang yang kurang diperlukan untuk mendukung amal soleh.
  3. Jangan berkawan dengan orang yang tidak mahu menambah iman, ilmu dan amal.
  4. Jangan gelisah, berkeluh kesah dan kesal dengan kehidupan seharian. Selalu penuhi diri dengan rasa sabar dan bersyukur.
  5. Perbanyakkan doa dan mengharapkan keredhaan Allah SWT agar Husnul Khatimah dan dijauhkan dari Su’ul Khatimah.
  6. Tambahkan ilmu agama, perbanyak mengingati kematian dan bersiap menghadapinya.
  7. Siapkan wasiat dan lakukan pembahagian harta.
  8. Kerapkan menjalinkan silaturahim dan mendapatkan hubungan yang renggang sebelumnya.
  9. Minta maaf dan berbuat baik terhadap pihak yang pernah dizalimi.
  10. Tingkatkan amal soleh terutama amal jariah yang dapat terus memberi pahala dan syafaat setelah kita mati.
  11. Maafkan kesalahan orang kepada kita walau seberat apapun kesalahan itu.
  12. Langsaikan segala hutang yang ada dan jangan menambah hutang baru walaupun untuk menolong orang lain.
  13. Berhenti melakukan segala perbuatan maksiat.
  14. Berbaik sangkalah kepada Allah SWT atas segala sesuatu yang terjadi dan menimpa diri kita.
  15. Sentiasa penuhi hati dan lisan kita dengan istighfar dan taubat untuk diri sendiri, orang tua dan semua orang-orang yang beriman di setiap saat, waktu dan keadaan.

Wahai mata, berhentilah memandang yang tidak halal bagimu. Wahai tangan, berhentilah dari meraih yang bukan hak milikmu. Wahai mulut, berhentilah makan yang tidak baik dan tidak halal bagimu. Wahai lidah, berhentilah dari ghibah, fitnah dan berhentilah menyakiti hati orang lain dengan kata-kata mu. Wahai telinga, berhentilah mendengar hal-hal haram dan yang tak bermanfaat.

Semoga bermanfaat bagi kita semua, meskipun belum mencapai 50 tahun kerana KEMATIAN TIDAK MENGENAL USIA.

Loading

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki