Nabi SAW bersabda: Yang terbaik dikalangan kamu adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.
Setiap orang nak jadi yang terbaik. Tahu tak orang yang terbaik adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya. Tak rasa cemburu ke tengok orang pandai mengaji? Seronok sangat dapat baca Al-Quran tau. Lagilah seronok kalau anak-anak sendiri boleh baca Al-Quran kan!
Zaman sekarang sangat mudah nak belajar Al-Quran. Belajar secara online ada, secara offline (bersemuka) pun ada. Pilihan di tangan masing-masing. Belajar mengaji secara online memang mencabar disebabkan kurang fokus dan faktor line yang tidak stabil. Namun begitu kelas online memudahkan untuk pembelajaran dari jarak jauh bagi sesiapa sahaja yang nak belajar mengaji. Tak ada istilah tiada guru mengaji Al-Quran kerana dimana jua anda boleh sekiranya belajar secara online.
Namun begitu, belajar dalam kelas online juga sama seperti belajar secara offline dapat belajar secara berdepan iaitu talaqqi musyafahah kerana dengan adanya platform zoom dan google meet, pelajar dan guru dapat melihat pergerakan bibir ketika belajar mengaji.
Talaqqi musyafahah adalah suatu teknik pembelajaran Al-Quran secara berhadapan dengan guru yang mahir dalam ilmu Al-Quran iaitu dengan cara perdengarkan bacaan Al-Quran dari mulut ke mulut. Kaedah ini berkesan untuk mempelajari Al-Quran kerana guru boleh menegur secara langsung jika ada sebutan huruf anda yang tak tepat.
Siapa yang ada masalah nak belajar mengaji secara online?
Jangan risau kerana sejak tamat PKP, kami dah beroperasi secara offline di Kamunting, Perak! Kami bantu anda sekeluarga fokus belajar tanpa ada masalah kenal huruf dan tajwid. Kami di Kaedah Haraki inshaa Allah sedia membantu anda yang mempunyai masalah mengaji.
No comment yet, add your voice below!