Skip to content

Belajar Al-quran Sambil Menari, Apa Pandangan Mufti ?

Loading

Dunia ini semakin hari semakin tua, sama juga dengan usia kita semakin hari semakin meningkat dan hanya tunggu untuk dijemput Ilahi sahaja. 

Usia bukan penghalang untuk beribadat.

Usia yang semakin meningkat ini kita perlu lakukan banyak amal ibadat sebagai hamba-Nya dan banyak membaca al-Quran untuk dijadikan peneman semasa di akhirat kelak.

Tidak semestinya orang lanjut usia sahaja yang perlu beribadat kepada Allah SWT, orang dewasa juga wajib untuk beribadat kerana ajal maut ini tidak kira usia dan masa. Oleh itu, kita sebagai hamba Allah SWT patut menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. Hidup ini semua pilihan, kita sendiri yang pilih mahu hidup dijalan Allah SWT atau sebaliknya.

Sebagai seorang Islam bila kita beribadat sahaja tidak cukup jika kita tidak membaca al-Quran serta tafsirannya. Seperti kita berjalan tiada kaki, begitu juga kalau kita hanya beribadat tetapi arah tuju hidup kita tidak berpandukan al-Quran yang menjadi tunjuk arah setiap orang Islam. Jika kita berasa gelisah carilah al-Quran yang dapat membantu kita ketenangan.

Bila kita membaca al-Quran sahaja tetapi tajwid tidak betul itu dianggap salah juga. Apabila kita mempunyai masalah dalam membaca al-Quran dari segi sebutan makhraj huruf atau tajwid kita perlu cari alternatif yang boleh membantu kita untuk belajar.

Pada zaman yang canggih sekarang, banyak kaedah yang boleh kita pilih untuk belajar tetapi kita sering berikan alasan iaitu tiada masa sebab sibuk dengan urusan kerja dan kekangan wang untuk belajar. Bila sudah ada duit tetapi masalah jauh juga menjadi satu isu untuk belajar. 

Agak pelik juga bila kita mahukan sesuatu seperti beg atau gelang emas, kita sanggup laburkan beribu wang ringgit dan masa untuk mencari beg yang kita mahukan tetapi dalam bab membaca al-Quran kita terlalu berkira-kira.

Tanpa kita sedar, beg dan emas itu hanya dunia sahaja. saya tidak katakan tidak boleh tetapi kita perlu seimbangkan dunia dan akhirat. Jika kita kejar akhirat dunia akan kejar kita dan bila kita kejar dunia sahaja akhirat akan tinggal kita. Jangan jadikan kita ini hamba dunia sedangkan sejak kita lahir lagi matlamat hidup kita semua ialah sentiasa beribadat dengan ALLAH SWT.

Adakah anda pernah dengar di negara kita ada suatu inovasi baharu dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran al Quran. Kaedah ini dikenali sebagai Kaedah Haraki. Kaedah ini telah diperkenalkan boleh Hj. Zakaria Nasirudin (Mantan Pensyarah IPG Kampus Ipoh Perak) pada 2013. Ia bermula apabila 2 orang mahasiswi IPGK Ipoh memeluk Islam.

Beliau mengajar al-Quran kepada mahasiswi tersebut selepas waktu pejabat (5.30-6.30 petang). Selepas beliau mengajar lebih kurang 8 kali kedua-dua pelajar tersebut mampu membaca al-Quran dengan betul dan bertajwid walaupun pada permulaannya kedua-dua mahasiswi itu tidak pernah dengar dan tak pernah tahu ا ب ت ث….. ي. Pendek kata bermula dari zero betul betul.

Oleh kerana pendekatan pengajaran yang digunakan itu agak unik dengan menggunakan pergerakan tubuh badan, nyanyian, bercerita, lukisan dan sebagainya maka beliau telah merujuk kepada beberapa orang tokoh ulama termasuk mufti. Beliau bimbang kaedah ini bercanggah dengan syarak.

Antara mufti yang beliau temui adalah Mufti Sabah, Mufti Johor, Mufti Pulau Pinang, Timbalan Mufti Selangor, Mufti Wilayah Persekutuan dan beberapa orang tokoh agama.

Berikut adalah komen Mufti Wilayah Persekutuan terhadap Kaedah Haraki.

 

APA KATA MUFTI MENGENAI KAEDAH HARAKI BELAJAR AL-QURAN SAMBIL MENARI ?

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki