Bantu mangsa banjir di Baling, Kedah

Jul 14, 2022 | Al-Quran, Program

Infaq membawa maksud membelanjakan harta kepada yang berhajat (Al-Jurjani). Dalam Surah al-Baqarah (2:3), Allah SWT berfirman: (Orang yang beriman itu adalah) orang-orang yang beriman dengan perkara yang ghaib, menunaikan solat dan mereka memberi infaq apa yang kami rezekikan kepada mereka.

Tersentuh hati melihat saudara kita yang ditimpa musibah baru-baru ini. Hampir ke semua harta benda, segala keperluan musnah termasuk Al-Quran 😢

Jom kita bantu mereka dengan menghadiahkan kepada mereka Al-Quran setiap rumah senaskah Al-Quran. Semestinya mereka memerlukan Al-Quran sebagai santapan rohani, penenang jiwa mereka lantaran ditimpa musibah serta ingin mendekatkan lagi diri dengan Allah SWT.

Sebanyak 1000 naskah Al-Quran disasarkan untuk diagihkan kepada mangsa banjir Baling, Kedah. Sumbangan daripada Tuan/Puan sekalian amatlah diperlukan untuk memastikan kelancaran misi bantuan ini.

KELEBIHAN INFAQ?

➡️ Menzahirkan pengabdian diri kepada Allah SWT

➡️ Langkah mendekatkan diri kepada Allah SWT

➡️ Berkongsi manfaat dikalangan umat islam

➡️ Ganjaran pahala yang sentiasa mengalir


Berminat untuk bantu mangsa banjir di Baling, Kedah

Jom Belajar Mengaji Al-Quran Dengan Cepat, Mudah & Santai Dengan Kaedah Haraki

Dengan kaedah Haraki, anda boleh membaca Al-Quran dari zero sehingga mahir dalam suasana yang mudah dan santai. Sertai ribuan pelajar yang telah berjaya menguasai bacaan Al-Quran dengan pendekatan kami yang unik, mudah difahami, dan dijamin berkesan.

Pin It on Pinterest

0
    0
    Item Dalam Tempahan
    Tiada item dalam Cart andaKembali ke Halaman Utama