Asyura dan Tasua adalah ibadah yang dilaksanakan pada awal tahun Hijriah sebagai tahun islam. Ibadah Asyura dan Tasua merupakan sunnah meskipun terdapat ibadah lain yang turut memiliki keutamaan dan keistimewaan sendiri.
Puasa pada hari Asyura adalah sunat dari sudut hukum dan sangat dianjurkan kepada umat Nabi Muhammad SAW. Walaupun dianjurkan berpuasa pada 10 Muharam, namun dianjurkan untuk diiringi dengan berpuasa pada hari sebelum iaitu 9 Muharam atau selepas iaitu 11 Muharam untuk menyelisihi golongan Yahudi yang hanya berpuasa pada 10 Muharam.
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud “Berpuasalah kalian pada hari ‘Asyura dan berbezalah dengan golongan Yahudi. Berpuasalah sehari sebelumnya ataupun sehari selepasnya” (Riwayat Ahmad).
Kaedah melaksanakan puasa Asyura telah dijelaskan oleh para ulama kepada tiga iaitu pertama, berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya. Kedua, berpuasa pada 10 Muharam secara tunggal. Ketiga pula berpuasa sehari dan selepasnya.
Manakala puasa tasu’a adalah mengiringi puasa pada hari Asyura dengan puasa pada hari sebelumnya. Nama puasa Tasu’a ini diambil daripada perkataan “tis’a” yang bermaksud sembilan. Secara mudahnya, fungsi puasa ini adalah untuk mengiringi puasa Asyura. Maka tidak wajar jika ada seorang muslim yang hanya berpuasa tasu’a. Oleh itu ia mesti digabungkan dengan Asyura pada 10 Muharam.
Rebutlah peluang beramal soleh seperti solat sunat, puasa sunat, baca Al-Quran, berzikir, bersedekah dan sebagainya di dalam bulan Muharam kerana dijanjikan oleh Allah SWT keampunan dan pahala yang besar.
Niat Puasa Hari Asyura
Nawaitu Shauma Ghadin ‘An Ada’i Sunnati Asyura Lillahi Taala
Maksudnya:
Sahaja aku berniat puasa puasa sunat asyura esok hari kerana Allah Taala
Niat Puasa Tasu’a
Nawaitu Souma fii Yaumi Tasu’a Sunnatan Lillaahi Ta’ala
Maksudnya:
Sahaja aku berniat puasa sunat hari Tasua esok hari kerana Allah ta’ala.