Para ulama’ telah menerangkan tentang rukun-rukun solat yang wajib dipenuhi oleh seseorang yang mendirikan solat untuk menjadikan solatnya tersebut sah. Terdapat 13 rukun solat yang terbahagi kepada empat bahagian iaitu fi’li, qauli, qalbi dan maknawi.
Sedikit perkongsian mengenai angkat takbir dalam solat mengikut cara Nabi SAW.
Bila kita perlu angkat tangan waktu takbir di dalam Solat mengikut cara Nabi SAW?
Dalam mazhab syafie, sunat mengangkat tangan semasa takbir iaitu:
- Ketika Takbiratul Ihram
- Berpindah dari rukun qiam ke rukuk pada setiap rakaat.
- Berpindah dari rukun rukuk ke iktidal pada setiap rakaat
- Berpindah dari duduk tahiyat awal ke qiam rakaat ketiga.
[video src="https://www.haraki.my/wp-content/uploads/2022/06/WhatsApp-Video-2022-06-15-at-12.08.29-PM.mp4" /]
Empat tempat ini sunat untuk angkat tangan takbir. Selain tempat ini, hukumnya makruh.
Dua cara mengangkat takbir cara Nabi Muhammad Saw:
- Angkat takbir setentang (separas) telinga
- Angkat takbir setentang (separas) bahu
Dari Abdullah bin Umar RA berkata Nabi Muhammad SAW mengangkat kedua tangan beliau setentang bahu apabila membuka solat. (Hadis diriwayat oleh Bukhari dan Muslim)
Manakala dari Malik bin Al-Huwairits radiallahuan bahawa apabila Rasulullah bertakbir beliau mengangkat kedua tangan hingga setentang telinga beliau. (HR Muslim)