Skip to content

Anak Bersikap Kurang Ajar! Salah Siapa? Ibu bapa atau Guru?

Loading

Anak biadap salah siapa? Ibu bapa atau guru?

Sejak kebelakangan ini, tular di media sosial pelbagai pandangan netizen berhubung isu anak biadap. Amat jauh berbeza apabila kita melihat perilaku dan kesantunan generasi moden kini berbanding generasi dahulu. Isu ini bukanlah isu yang baru namun sehingga kini menjadi tanda tanya kepada masyarakat diluar sana dan saling menunding jari.

Ramai Tak Sedar, Anak Bersikap Kurang Ajar Salah Satunya Kerana Mencontohi Sikap Ibu bapa

Ini kerana ibubapa memainkan peranan yang penting kerana ibubapa merupakan mentor utama anak-anak kerana didikan anak bermulanya dari rumah. Guru hanya bertanggungjawab mengajar dan mendidik pada waktu sekolah.

Sebagai ibu bapa, kita perlu sentiasa peka dengan perubahan tingkah laku anak-anak. Apa sahaja yang berubah terhadap anak-anak kita perlu tahu dan awasi. Kadang-kadang tanpa kita sedar, kita adalah punca mengapa tingkah laku anak-anak semakin biadap.

ISLAM menggesa untuk setiap ibu bapa mengambil berat tentang aspek pentarbiahan atau pendidikan anak-anak.

Dalam Surah al-Tahrim, ayat 6, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluargamu daripada api neraka.”

Ayat tersebut menjelaskan ibu bapa perlu menitikberatkan hal berkaitan asuhan, bimbingan serta pendidikan yang terbaik untuk anak-anak. Tentunya dalam hal ini, pendidikan agama serta menerapkan akidah dan akhlak yang baik perlu dilaksanakan dengan sempurna.

Imam al-Ghazali ada berpesan: “Anak-anak adalah amanah atas ibu bapa. Jika sudah terbiasa dengan perkara kebaikan, anak itu akan membesar dalam kebaikan dan biasa dengannya. Sebaliknya, jika dibesarkan dalam suasana yang tidak baik dan dipersiakan seperti haiwan, menderitalah dia dan binasa. Dosa juga akan ditimpakan ke atas orang yang dipertanggungjawabkan itu.”

Justeru, asas pendidikan seharusnya diberikan keutamaan kepada anak-anak. Ini termasuk menanamkan akidah serta mengajar mereka berkenaan syariat dalam agama namun tidak ketinggalan juga untuk menerapkan akhlak peribadi yang luhur berteraskan akhlak islam seperti menghormati orang yang lebih tua.

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki