Al-Quran sebagai panduan kehidupan seharian. Bukan sekadar dibaca sahaja malah al-Quran perlu di fahami dan di tekuni. Malang dan sedih jika umat Islam tidak boleh membaca dan meninggalkan al-Quran dengan sengaja.
Jangan biarkan waktu kosong kita dibiarkan tanpa membuat sebarang perkara bermanfaat untuk diri sendiri. Tidak kira walau di mana kita berada misalnya kita berada dalam kesesakan lalu lintas gunakan peluang beberapa minit itu untuk membaca surah yang kita hafal.
Walaupun kita dalam tempoh ‘kawalan pergerakan’ ketika ini, tetapi al-Quran tidak boleh ditinggalkan kerana al-Quran ini lah yang akan membantu kita. Ia bertujuan menurunkan jumlah kes dengan merendahkan lengkung jangkitan wabak.
Firman Allah SWT :
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآَنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا
Maksudnya : “Dan Kami turunkan dari Al Qur’an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Qur’an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.” (Surah al-Israa ayat 82)
Dan Firman Allah SWT :
يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَاء لِّمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ
Maksudnya : “Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Surah Yunus ayat 57)
Setiap masalah menjadi satu peluang untuk kita menjadi lebih kuat, mungkin wabak Covid-19 ini boleh mendekatkan diri kita dengan Allah SWT. Dulu kita selalu mengadu sibuk dan tiada masa untuk beribadat kepada Allah SWT dan membaca al-Quran, sekarang ini Allah SWT berikan kita masa yang secukupnya untuk bertadabbur dengan al-Quran dan beribadat.
Jangan kita terlalu bongkak dan sombong sebab takut nanti kita akan rugi pada masa akan datang. Sesungguhnya doa dan beribadat adalah senjata orang Mukmin. Justeru itu, berdoalah kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh dan penuh keikhlasan dengan buat permohonan terus kepada Allah SWT bagi menyelesaikan apa juga masalah yang kita hadapi sekarang agar doa kita akan dimakbulkan oleh Allah SWT.
No comment yet, add your voice below!