Skip to content

Akibat Meninggalkan Solat

Loading

Solat fardhu diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardhu merupakan Rukun Islam yang ke-2 dari lima Rukun Islam.

Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak. Solat adalah tiang agama. Jika tiada solat maka runtuhlah agama ibarat rumah yang tidak bertiang. 

Sekiranya seseorang tertinggal solat fardhu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada’. Bagi mereka yang musafir, ia merupakan rukhsah (keringanan) yang diberikan, dan harus bagi solat dengan menqasar dan menjamakkannya. Ini berdasarkan hadis:-

“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci dilakukan maksiat kepadaNya”. Hadis riwayat Ahmad.

Antara dosa meninggalkan solat fardhu : 

  • Solat Subuh : Sekali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan 60,000 tahun di dunia. 
  • Solat Zuhur : Sekali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1,000 orang umat islam.
  • Solat Ashar : Sekali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan kaabah.
  • Solat Magrib : Sekali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan orang tua.
  • Solat Isya : Sekali meninggalkan tidak akan di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya

Azab-Azab bagi mereka yang meninggalkan solat antaranya : 

1) Balasan di dunia 

  • Allah SWT akan menghilangkan berkat dan rahmat dari usaha dan rezekinya. Allah juga akan mencabut Nur bagi orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya. Selain itu, dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

2) Azab ketika sakaratul maut 

  • Bagi mereka yang meninggalkan solat, rohnya akan dicabut ketika ia berada dalam keadaan yang sangat haus. Mereka juga akan merasa azab yang amat pedih ketika roh dicabut keluar. Mereka juga akan merasa azab Su’ul Khatimah. Selain itu, mereka juga akan dirisaukan akan hilang imannya.

3) Azab di alam barzakh

  • Mereka akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan dari malaikat Munkar dan Nakir yang sangat menggerunkan. Kubur mereka juga akan menjadi gelap dan sempit. Kuburnya juga akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari). Akhirnya mereka akan diseksa dengan binatang-binatang bias seperti ular, kala jengking dan lipan.

4) Azab di hari kiamat.

  • Apabila berada di hari kiamat, hisab atau timbangan ke atas mereka yang meninggalkan solat fardhu lima waktu akan menjadi sangat berat. Allah akan murka kepadanya dan Allah SWT  juga akan menyiksanya dengan api neraka yang sangat panas.

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki