Skip to content

Ajaibnya Istighfar

Loading

Astaghfirullah! Ungkapan yang amat mudah, namun untuk menuturkannya amat sukar kerana ini adalah ungkapan paling keramat buat kita yang bergelar pendosa. 

Apa maksud istighfar?

Istighfar merupakan perkataan arab yang bermaksud menundukkan hati, jiwa dan fikiran terhadap Allah swt dalam memohon keampunan atas segala dosa serta kesilapan yang dilakukan. Betapa penting istighfar kerana kita sebagai manusia tidak pernah lari daripada melakukan dosa. Salah satu sebab yang menghalang kekayaan dan rezeki adalah kerana kita banyak melakukan dosa. Oleh itu, apabila beristighfar maka ia akan menghilangkan dosa, menghapuskan kesedihan, maksiat dan akhirnya akan membawa kebaikan.

Tahukah kita tentang keajaiban disebalik istighfar itu?

Daripada Ibni Abbas RA, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa memperbanyakkan istighfar, maka akan diberi kelapangan dalam setiap kesusahan dan jalan keluar dari kesempitan. Dan dianugerahi rezeki kepadanya rezeki yang tidak disangka-sangka.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan Nasa’i).

Hadis di atas jelas nyata menunjukkan tuhan memberi rahmat kepada yang mereka yang suka beristighfar. Selain dari beristighfar dari melakukan dosa, ianya juga zikir untuk yang paling cukup bermakna, untuk mengingatkan kita agar tidak terjebak dari melakukan dosa. 

Nabi juga sentiasa beristighfar  seperti dalam hadis ini : Ibnu Umar menceritakan, kami pernah bersama-sama dengan Rasulullah SAW dan kami mendengar Rasulullah SAW mengulang-ulang membaca sebanyak 100 kali doa yang berbunyi: “Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubat ku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengasih.” 

Selain itu, ada lima sumber rezeki yang Allah janjikan jika kita beristighfar. Rezeki itu pula adalah dalam bentuk diturunkan hujan yang mencurah-curah. Sebab itu di dalam solat untuk minta hujan diminta untuk perbanyakan beristighfar.

Jom kita perbanyakkan istighfar!

  1. AstagFirullaHal ‘Aziim 
  2. AstagFirullaHal ‘Aziim Allazi Laa ilaaHa illaa Huwal Hayyul Qayyum Wa AtuuBu iLaih. 
  3. Subhaanaka Allaahumma wa bihamdika, ‘ash-hadu ‘an laa ‘ilaaha ‘illaa ‘Anta, ‘astaghfiruka wa ‘atuuBu ‘ilayka. 

Kesimpulannya, sentiasalah beristighfar dimana kita berada kerana dengan sentiasa beristighfar, Insyaallah hidup kita akan sentiasa berjalan lancar dan permudahkan segala urusan.

Loading

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki