Skip to content

5 Amalan Sunnah 1 Syawal

Loading

Selamat Menyambut Hari Raya buat semua orang mukmin dan sahabat haraki yang sentiasa bersama untuk menjadi Hero al-Quran alhamdulillah. 

Apa maksud aidilfitri ini ? Kita mesti berfikir aidilfitri ini kita perlu saling bermaafan sesama manusia, sepatutnya bermaafan ini kita tidak perlu tunggu Hari Raya, setiap masa kita saling bermaafan sebab kadang kita sendiri tidak tahu ada hati yang kita sakiti. 

Pada tahun ini kita semua di gemparkan dengan suasana yang berbeza untuk menyambut Aidilfitri, sedih dan sayu ada di kalangan kita tidak boleh beraya di kampung atas sebab PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat), ini semua untuk keselamatan kita dan kelaurga di kampung agar kes Covid ini kita berleluasa atas sebab kita ingkar dengan peraturan yang PKPB.

Kehadiran 1 Syawal adalah anugerah dan kemenangan kerana kejayaan untuk umat Islam melaksanakan tuntutan agama yang juga antara lima Rukun Islam. 

Bagaimanapun, harus diingatkan umat Islam perlu meneruskan disiplin dan adab seperti sepanjang Ramadan supaya Syawal tidak dicemari dengan amalan atau perbuatan yang tidak sepatutnya.

“Semua amalan anak Adam adalah baginya kecuali berpuasa, ia hanya untuk Aku dan Aku menganugerahkan kepadanya dengan sebab puasanya itu.” (HR Bukhari dan Muslim)

5 Amalan Sunnah Menyambut 1 Syawal :

1. Mandi sunat Hari Raya Aidilfitri

Kita disunatkan untuk mandi sunat Hari Raya Aidilfitri pada pagi Syawal sebelum keluar ke masjid dengan niat kerana kedatangan Aidilfitri.

2. Makan sebelum solat Aidilfitri

Tujuan disunatkan makan sedikit sebelum bersolat Aidilfitri adalah untuk menunjukkan bahawa umat Islam tidak dibenarkan berpuasa pada 1 Syawal. Sebaiknya, hendaklah makan buah kurma dengan bilangan yang ganjil sebelum keluar rumah untuk menunaikan solat. Ini kerana kebiasaannya, Rasulullah S.A.W. akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi Hari Raya.

3. Menunaikan solat sunat Aidilfitri

Perkara yang dilakukan oleh umat Islam pada pagi Syawal adalah menunaikan solat sunat Aidilfitri. Ibn Abbas r.a berkata: Rasulullah S.A.W. telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya. (HR al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 989).

4. Memakai pakaian yang terbaik dan indah

Kita digalakkan untuk memakai pakaian yang terbaik dan indah pada hari raya Aidilfitri, namun dengan mengikut kemampuan masing-masing dan tidak membazir. Bagi kaum lelaki, disunatkan untuk memakai bau-bauan yang wangi.

5. Berziarah dan merapatkan ukhwah sesama Islam

Merupakan amalan yang sering dilakukan oleh umat Islam di Malaysia. Berziarah sesama saudara mara, rakan taulan dan jiran tetangga merupakan satu amalan yang amat digalakkan dilakukan pada bulan Syawal. Ia diharapkan dapat mengukuhkan kembali silaturahim yang mungkin pernah terputus sebelum ini atau merapatkan jurang sesama insan yang mungkin agak renggang sebelum ini disebabkan kesibukan kerja.

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki