Skip to content

Adab Berjiran

Loading

Pengenalan

Jiran berasal daripada perkataan bahasa Arab yang bermaksud orang yang tinggal bersebelahan atau tetangga yang tinggal berdekatan. Dari segi istilahnya, jiran ialah mereka yang tinggal bersebelahan dengan rumah, bersebelahan dengan kampung, daerah malahan yang lebih besar lagi ialah bersebelahan negara. Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, Abu Yu’la, al-Baihaqi dan al-Tahawi, daripada Abu Hurairah RA, jiran melingkupi 40 buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah seseorang.

     1. Mewujudkan suasana kemesraan

Sentiasa mewujudkan suasana kemesraan melalui usaha mengenali dan hormat menghormati antara satu sama lain. Salah satu cara adalah dengan memulakan salam jika bertemu dengan sesama Muslim atau ucapan penghormatan yang baik jika bertemu dengan bukan Muslim. Sentiasa bertoleransi samada yang melibatkan urusan keagamaan,adat resam, budaya, cara hidup dan lain-lain lagi.

     2. Tidak menyakiti jiran

Tidak menyakiti atau mengguris perasaan jiran samada melalui perkataan, perbuatan atau sekadar sangkaan buruk. Tindakan menyakiti jiran akan meyebabkan hubungan dengan jiran renggang dan  Amatlah penting untuk menjaga perasaan jiran supaya kawasan kejiranan lebih harmoni.

    3. Mengambil berat tentang masalah jiran

Sentiasa mengambil berat dan bersimpati terhadap segala permasalahan yang sedang mereka hadapi sama ada yang berkaitan dengan masalah kewangan, makan dan minum, kesihatan, pelajaran dan sebagainya. Sentiasa mempamerkan akhlak yang mulia sesama jiran sehingga akhirnya melahirkan perhubungan kejiranan yang lebih mesra dan lebih akrab.  

Kesimpulan

Sudah menjadi fitrah bagi setiap individu untuk hidup bermasyarakat dan berkelompok kerana setiap manusia memiliki sifat saling memerlukan antara satu sama lain dalam menjalani kehidupan harian. Tidak mungkin bagi kita untuk mengasingkan diri dan hidup bersendirian tanpa perlu berurusan dengan orang lain selama mana dia merupakan sebahagian daripada sesebuah masyarakat.

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki