Skip to content

Usia Bukan Penghalang

Loading

Jika kita diberikan pilihan di antara hidup dengan usia yang panjang atau usia yang pendek, sudah pasti ramai yang memilih mahu hidup dengan usia yang panjang. Namun, adakah hidup di usia yang panjang itu lebih baik atau akan rugi jika usia pendek?

Pernahkah kita terfikir sudah cukupkah amal kebaikan kita sepanjang usia kita hidup harini? Berapa banyak masa kita dihabiskan untuk bersujud, membaca ayat-ayat suci al-Quran dan amal kebaikan yang telah kita kumpulkan sebagai bekal ke akhirat kelak?

Malahan adakalanya umur panjang yang dikurniakan itu hanya merugikan sebagaimana dalam firman Allah SWT dalam surah Al-Imran ayat 178 yang bermaksud: ‘Dan janganlah sekali-kali orang kafir itu menyangka bahawa penangguhan kami kepada mereka hanyalah supaya mereka bertambah-tambah dosa mereka, dan bagi mereka azab yang menghinakan.

Rasulullah S.A.W bersabda dalam sebuah hadis riwayat Al-Tirmizi: “Orang yang paling baik adalah orang yang panjang umurnya dan baik amal perbuatannya”. Jelas menceritakan oleh hadis ini bahawa jika sekadar berumur panjang itu bukanlah kebaikan, kecuali masa itu diisi dengan amal perbuatan yang baik.

Kita sendiri tidak dapat menjangkakan sama ada umur kita panjang atau pendek. Kita juga tidak tahu adakah Allah mengurniakan segala nikmat di dunia ini sebagai kurniaan atau ujian-Nya. Yang penting bagi kita tetap melakukan kebaikan dan sentiasa bertaubat daripada segala dosa yang kita dilakukan.

Apabila kita menyedari tentang singkatnya umur, jauhnya perjalanan dan takutnya tempat akan dikembalikan sudah pasti kita akan bersungguh-sungguh dalam menghimpunkan amalan-amalan kebaikan.

Loading

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki