5 Kelebihan Surah Al-Waqiah

Oct 5, 2022 | Al-Quran, Info

Tidak dinafikan terdapat pelbagai surah yang mempunyai kelebihannya tersendiri di dalam Al-Quran dan salah satunya adalah surah Al-Waqiah. Surah Al-Waqiah merupakan surah yang dikenali sebagai salah satu surah yang penuh barakah.

Bagi anda yang sering merasa kekurangan wang, sempit rezeki, kedudukan ekonomi yang goyah dan banyak lagi masalah tentang wang ringgit. InsyaAllah dengan mengamalkan surah Al-Waqiah ini, kehidupan akan menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Jom lihat kelebihan surah Al-Waqiah dalam kehidupan seharian kita:

  1. Beroleh pelbagai kesenangan

Kelebihan surah Al-Waqiah akan jelas terlihat apabila mengamalkannya sebagai wirid dan rutin surah yang dibaca setiap hari. Dengan izin Allah akan beroleh kesenangan dalam pelbagai bentuk buat selama-lamanya.

Apabila membaca surah Al-Waqiah sebagai rutin siang dan malam, bukan sahaja hati akan terasa tenang malah tidak akan merasa kesempitan wang ringgit.

      2. Dikurniakan rezeki dalam pelbagai bentuk tanpa disedari.

Dengan mengamalkan surah Al-Waqiah dengan sebanyak 14 kali selepas selesai solat Asar, InsyaAllah akan dikurniakan oleh Allah SWT kekayaan yang berlimpah-ruah dan datang dalam pelbagai bentuk.

Kebanyakan orang meletakkan kefahaman mereka bahawa rezeki itu hanya berbentuk harta dan wang ringgit namun mereka silap kerana rezeki itu luas dan dalam pelbagai bentuk. Ramai yang tidak menyedari bahawa kesihatan, kekenyangan, kebahagiaan, pekerjaan juga adalah rezeki dan kesenangan atau dengan kata lain disebut juga sebagai nikmat.

     3. Dijauhkan dari kemiskinan

Apabila seorang muslim itu mula mengamalkan surah Al-Waqiah sekurang-kurangnya satu kali setiap malam, secara tidak langsung dia akan dijauhkan dari kemiskinan selamanya.

Rasulullah juga pernah bersabda:

“Barangsiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam, nescaya kebuluran tidak akan sekali-kali menimpanya”.

Tahukah anda, Rasulullah yang maksum dan merupakan utusan Allah yang mulia itu sendiri mengajarkan puteri-puterinya dan isteri-isterinya supaya membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam jadi apatah lagi kita sebagai seorang manusia biasa lagilah seharusnya rajin untuk mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

     4. Menjadi seorang yang lebih bersyukur

Sekiranya sering mengamalkan membaca surah Al-Waqiah dalam kehidupan seharian, secara tidak langsung akan memperoleh kekayaan. 

Amalkan membaca surah Al-Waqiah sebanyak tiga kali selepas solat Subuh dan tiga kali selepas solat Isyak, InsyaAllah anda akan menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, tidak lokek berkongsi rezeki dengan yang memerlukan dan tidak akan terdetik rasa di hati bahawa selalu memberi serta bersedekah itu boleh mengurangkan harta kekayaan atau suatu pembaziran.

     5. Menjadikan raut wajah lebih berseri-seri

Berwuduk dan solat sering dikaitkan dengan naiknya seri wajah. Namun, membaca dan mengamalkan surah Al-Waqiah juga boleh menyumbang kepada naiknya seri dan aura wajah seseorang.

Selain mengamalkan bacaan selepas solat, anda boleh mengambil segelas air dan bacalah surah Al-Fatihah sekali dengan surah Qursi dan juga surah Al-Waqiah bermula dari ayat 35 hingga 38 sebanyak tujuh kali. Tiup kepada air tersebut dan minum air tersebut.

Dalam hati, berniatlah untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan keluarga anda, InsyaAllah raut wajah akan tampak jernih dan bersih lagi berseri-seri.

Jom Belajar Mengaji Al-Quran Dengan Cepat, Mudah & Santai Dengan Kaedah Haraki

Dengan kaedah Haraki, anda boleh membaca Al-Quran dari zero sehingga mahir dalam suasana yang mudah dan santai. Sertai ribuan pelajar yang telah berjaya menguasai bacaan Al-Quran dengan pendekatan kami yang unik, mudah difahami, dan dijamin berkesan.

Pin It on Pinterest

0
    0
    Item Dalam Tempahan
    Tiada item dalam Cart andaKembali ke Halaman Utama