Bagaimana cara untuk istiqamah membaca Al-Quran setiap hari?
Apa itu istiqamah? Makna lain bagi istiqamah adalah konsisten dan berterusan.
Hmmm.. ini merupakan masalah biasa yang dihadapi oleh semua orang.
Sibuk, tak sempat, takde masa, penat, adalah perkara yang sering dijadikan alasan untuk tidak menjadikan membaca Al-Quran sebagai satu amalan.
Jadi, disini kami kongsikan beberapa tips yang terbaik supaya kita semua dapat istiqamah dalam membaca Al Quran :
1. Susun Jadual
Sebenarnya, kita boleh susun jadual kita sendiri untuk aktiviti membaca Al-Quran.
Waktu terbaik yang disarankan adalah sebelum masuknya waktu solat, ataupun selepas selesai solat.
Jika masa merupakan masalah utama, cuba amalkan selepas kita selesai menunaikan solat maghrib dan sebelum masuknya waktu isyak sebab, waktu maghrib ini singkat.
Jadi, sementara nak tunggu masuk waktu isyak, bolehlah kita isikan dengan zikir dan mengaji Al-quran.
2. Baca Al-Quran Dan Terjemahannya Sekali
Sambil membaca Al-Quran, eloklah kiranya kita ambil tahu sekali makna atau terjemahannya.
Untuk lebih mudah, kita gunakan Al-Quran yang mempunyai terjemahan ‘per kata’.Sekurang-kurangnya kita tahu dan faham maknanya di dalam bahasa melayu.
Antara kelebihan menggunakan tafsir Quran ini juga, kita tidak diwajibkan untuk berwuduk, jadi alasan kita tiada wuduk, tak boleh lagi digunakan untuk bermalasan dalam membaca Al-Quran.
3. Cari tempat belajar Al-Quran
Ada orang yang lebih selesa membaca secara beramai-ramai.
Apabila membaca secara bersendirian, dia jadi kurang bersemangat. Jadi lesu dan tak konsisten.
Cari lah tempat belajar yang berhampiran dengan kawasan rumah. Ataupun jika mahu belajar secara onlinel boleh belajar bersama kami dalam Kelas Online Haraki.
Belajar akan membolehkan kita membaca Al-Quran dengan lancar dan yakin tanpa tersekat-sekat.
Nak baiki bacaan Quran dengan Mudah tanpa perlu keluar rumah ? Jom sertai Kelas Online Haraki dan anda akan dibimbing satu per satu oleh ustaz/ustazah profesional Kaedah Haraki!
Tekan link di bawah (Kelas Online Haraki) untuk dapatkan info segera!