Skip to content

3 Sebab Anak Anda Tak Minat Mengaji

Loading

1. Leka dengan gadget

Anak-anak yang kerap terdedah dengan gadget tanpa had dan peraturan akan menyebabkan mereka hilang minat untuk belajar mengaji al-Quran mahupun pelajaran di Sekolah. Visual yang menarik di Youtube dan game yang melalaikan menyebabkan mereka tidak minat untuk mengaji al-Quran.

2. Tidak wujud budaya mengaji Al-Quran di rumah

Di sekolah anak-anak belajar menulis, membaca dan mengira. Di rumah pula anak-anak leka bersama gadget. Tanpa sedar, ibubapa meletakkan persepsi pembelajaran anak-anak hanya berlaku di sekolah sahaja.

Oleh itu, pentingnya budaya membaca Al-Quran di kalangan seluruh ahli keluarga supaya anak-anak tidak merasa janggal dan dapat menyemai rasa cinta terhadap Al-Quran.

Islam juga mengajar untuk belajar solat, mengaji Al-Quran bermula dari didikan ibu ayah dari rumah. Ibu ayah mana yang tak bangga dan happy bila anak pandai mengaji Al-Quran? Banyak manfaat bila mengaji Al-Quran antaranya ingatan yang kuat, akal dan minda yang cerdas.

3. Pendekatan yang tidak sesuai untuk anak-anak

Pendekatan lama dalam pembacaan Al-Quran mungkin tidak sesuai bagi sesetengah anak-anak kerana kebiasaanya apabila mengajak anak-anak untuk mengaji mereka akan lari, tak beri perhatian, mengantuk dan tak faham. Untuk tarik mereka untuk kekal fokus mengaji sememangnya susah.

Oleh itu, sebagai ibu bapa boleh cuba cari pendekatan baru yang dapat membantu anak-anak yang boleh membantu mereka mengenali huruf-huruf hijaiyah dan pandai mengaji Al-Quran sehingga khatam.

CUTI SEKOLAH: ANAK BUAT APA?

Cuti sekolah panjang takkan nak biarkan anak-anak leka menonton televisyen dan bermain gadjet. Sebagai ibu bapa isi cuti anak-anak dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. 

Bantu anak-anak untuk mengaji al-Quran bertajwid. Mereka akan dibimbing untuk baca al-Quran dari segi panjang pendek, dengung dan lain-lain lagi. 

Loading

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki