Bulan Ramadhan atau dikenali sebagai bulan umat islam berpuasa merupakan waktu yang sesuai untuk kita berbuat amal kebaikan kerana pahala berlipat ganda pada bulan ini. Bulan puasa ini juga merupakan waktu yang sesuai bagi umat islam menadah tangan berdoa memohon sesuatu daripada Allah SWT kerana bulan ramadhan merupakan bulan mustajab berdoa. Segala hajat, amalan dan permohonan inshaAllah akan dikabulkan oleh Allah SWT.
- Waktu Sahur
Waktu mustajab untuk berdoa di bulan Ramadan yang pertama adalah pada waktu sahur. Sahur merupakan amalan sunnah yang akan kita lakukan sepanjang bulan Ramadan. Di dalam amalan sahur yang kita lakukan terdapat keberkatan dan juga menjadi waktu mustajab untuk berdoa di bulan Ramadan.
Allah SWT berfirman, “Siapa saja yang berdo’a kepada-Ku, maka akan Aku kabulkan. Siapa yang meminta kepada-Ku, maka Aku beri. Siapa yang meminta ampunan kepada-Ku, maka akan Aku ampuni.” (HR. Bukhari dan Muslim).
2. Ketika berpuasa
Waktu mustajab untuk berdoa yang kedua adalah ketika berpuasa. Orang yang berpuasa di bulan Ramadan juga mendapat fadhilat seperti doanya yang tidak ditolak. Hal ini telah dijelaskan dalam hadis dari Abu Hurairah RA, bahwa Nabi SAW bersabda:
“Tiga orang yang doanya tidak ditolak: orang yang berpuasa sampai ia berbuka, pemimpin yang adil, dan doa orang yang dizalimi.” (HR. Ahmad).
3. Ketika berbuka puasa
Waktu mustajab untuk berdoa yang ketiga adalah ketika berbuka puasa. Beruntunglah bagi orang yang berpuasa kerana telah mendapat tiga waktu mustajab untuk berdoa.
Ketika berbuka, jangan sampai kita lupa diri dan terus makan. Luangkan waktu untuk berdoa ketika berbuka, kerana doa ketika berbuka puasa termasuk dalam doa yang mustajab.
4. Malam Lailatul Qadar
Menerusi Surah Al-Qadr ayat 3, malam Lailatul Qadar adalah lebih baik berbanding 1000 bulan. Malam ini disarankan buat umat islam berdoa dan memohon keampunan serta hajat yang diinginkan. Sekiranya menemui malam Lailatul Qadar, bacalah doa ini:
Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul’ afwa fa’fu ‘anni
Bermaksud: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pemaaf dan Engkau maha mencintai orang yang meminta maaf, maka maafkanlah kesalahanku”
5. Semasa azan berkumandang
Sebagai umat Islam, disarankan berdoa di antara waktu Azan dan Iqamah kerana waktu tersebut adalah waktu yang mustajab terkabulnya doa. Di waktu itulah, Allah mendengar semua doa-doa kita.
Mari kita manfaatkan bulan Ramadhan ini untuk melakukan kebaikan dan terus berdoa, agar segala yang kita harapkan dapat dikabulkan oleh Allah SWT.
No comment yet, add your voice below!