Skip to content

Tanda Kematian Yang Baik

Loading

Usia semakin hari semakin meningkat, tanpa kita sedar ajal pun semakin dekat dengan kita. Ajal ini tidak mengenal usia, sekarang ini ramai anak muda yang kembali dahulu. Usia muda dan tubuh badan yang kuat bukan jaminan untuk kita mampu hidup sehingga mencapai usia tua. 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Sebaik-baik manusia ialah orang yang diberi panjang umur dan digunakan untuk membuat kebaikan sebanyak-banyaknya dan sejahat-jahat manusia ialah orang yang diberi Tuhan umur panjang, tetapi digunakan untuk melakukan kejahatan dan kerusuhan.”
(Riwayat Ahmad)

Dengan mengingati mati, ia bukan sahaja boleh menimbulkan rasa sesal di atas dosa yang dilakukan, malah ia boleh melahirkan ketakutan untuk meneruskan perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT.

Ramai dalam kalangan kita tertanya-tanya apakah tanda seseorang itu meninggal dunia dalam keadaan baik (husnul khatimah). Tanda-tanda orang yang meninggal dalam keadaan baik :

  1. Melafazkan kalimah syahadah sebelum meninggal dunia – Sabda Rasulullah: 
  • Maksudnya: Barangsiapa yang akhir perkataannya ‘Tiada tuhan melainkan Allah SWT’ nescaya dia akan memasuki syurga. – [HR Abu Daud 3316].
  1. Meninggal pada hari atau malam Jumaat – Sabda Rasulullah: 
  • Tidak ada orang Islam yang meninggal dunia pada hari atau malam Jumaat kecuali Allah SWT akan melindunginya daripada fitnah kubur. – [HR Al-Tirmidzi 1074].
  1. Meninggal dunia dalam keadaan berpeluh di dahinya – Sabda Rasulullah: 
  • Tanda kematian bagi seorang mukmin ialah dengan berpeluh dahinya. – [HR  al-Tirmidzi 982].
  1. Seseorang diberikan taufiq dan hidayah serta beramal soleh sebelum dia meninggal dunia – Sabda Rasulullah: 
  • Jika sekiranya Allah SWT menginginkan kebaikan terhadap hambaNya, maka Allah SWT menjadikannya sentiasa melakukan amal. Para sahabat (RA) bertanya, “Bagaimana dia menjadikannya sentiasa melakukan amal?” Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT akan memberikan taufiq padanya untuk melaksanakan amal soleh sebelum daripada kematiannya. – [HR al-Tirmidzi 2142].
  1. Meninggal dunia disebabkan oleh penyakit yang berkaitan dengan perut – Sabda Rasulullah:
  • Sesiapa yang mati akibat daripada penyakit berkaitan perut, maka dia mati dalam keadaan syahid. – [HR Muslim 1915].
  1. Meninggal dunia dalam keadaan lemas tenggelam, jatuh bangunan dan syahid di jalan Allah SWT – Sabda Rasulullah: 
  • Orang yang mati syahid itu ada lima iaitu orang yang meninggal kerana penyakit taun, sakit perut, tenggelam, orang yang jatuh daripada bangunan atau tebing dan syahid di jalan Allah. – [HR al-Bukhari 652].
  1. Meninggal dunia dalam keadaan melahirkan anak – Sabda Rasulullah: 
  • Seorang muslim yang terbunuh dikira sebagai syahid, kematian akibat wabak taun juga dikira sebagai syahid, kematian kerana sakit perut, mati lemas dan seorang wanita yang meninggal dunia kerana melahirkan anaknya dikira sebagai syahid. – [HR Ibn Kathir 5869].
  1. Meninggal dunia dalam keadaan melaksanakan amalan soleh – Sabda Rasulullah:
  • Barangsiapa yang mengucap ‘Laa ilaaha illallah’ ikhlas kerana mencari keredaan Allah SWT, dan diakhiri hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk Syurga. Barangsiapa yang berpuasa pada suatu hari kerana ingin mencari keredaan Allah SWT, dan diakhiri hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk syurga. Barangsiapa yang bersedekah ikhlas kerana Allah SWT kemudian dia meninggal dunia, maka dia akan masuk Syurga.”  – [HR Ahmad 23372].

Jika kita jaga Allah SWT pasti akan menjaga kita. Marilah kita sama-sama merenungi perkara ini dan banyak mengucapkan syukur Alhamdulillah atas nikmat yang tidak terhingga banyaknya kita nikmati semasa dunia ini.

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki